April 2009 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

Veterinar : VETERINARY DRUG MANAGEMENT SEMINAR

VETERINARY DRUG MANAGEMENT SEMINAR semalam aku hadiri seminar ni kat Putrajaya. seminar ni dianjurkan oleh VAM (Veterinary Association on Malaysia) dgn DVS (Department Veterinary Service). seminar ni dah dibuat dengan jayanya dan aku tabik dengan semua yang menganjurkannya walaupun baru pertama kali ianya dibuat.  antara speaker yang ada semalam adalah 2 pegawai farmasi senior dr kementerian kesihatan, 2 pegawai veterinar dr dvs dan seorang pengawai veterinar swasta. sesi pertama dimulakan dengan ceramah dr 2 pegawai dr kem. kesihatan berhubung dengan list drug dan poison dan segala berkaitan dengan pendaftaran dan kelulusan.  kesimpulannya ada 5000 drugs yg digunakan oleh vet seluruh malaysia dan hanya 900 application diterima..yg lain kena register sblm dateline 30 jun 2009 ni. di akhir sesi seperti biasa ada Q & A.  kesian aku tengok diorang dah la pertama kali present dlm VAM function. kena jawab soalan bertubi2 lak.. antara persoalan yg diajukan adalah:   1. mengapa hanya a

Tarikh Lahir

Hari ni aku buat kuiz kat facebook...kenali diri anda melalui tarikh lahir...dan keputusannya macam ni... Tarikh Lahir pada 03 haribulan------------------------- Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan. rasanya macam betul kot...hehe...yg pertama tu memang aku setuju sesangat le...

Cameron Highlands

Cameron Highlands Ketiga, Percutian kami ke Cameron Highlands, bukan percutian sangat pun..hehe…sebenarnya kami ikut trip hari keluarga Kelab Veterinar Pahang ke sana.. tapi alhamdulillah..seronok..tapi biasalah kan kalau dah namanya pun percutian beramai2 ni mestilah ada aje masalah kan?... Pagi Sabtu 14/3 kami dah siap2 awal2 pagi. Hakimi pun aku dah kejut awal pagi nak suruh mandi, memula dia macam nak menangis je tapi lepas tengok air..ok je..hehe..  kul 7.30 pagi kami bertolak dari rumah dan sampai ofis kul 7.45 pagi. Masa kami sampai dah ramai yang tunggu kat depan ofis state. Orang dah ramai cuma bas je yang tak nampak bayang lagi. Shah kata dia ada nampak 2 bas parking dekat sek cina depan tu. Rasanya betula la tu bas kami kot. Tunggu kat situ lama la jugak, janji nak jalan kul 8 pagi. Last2 bas datang kul 8.30 pagi.  Semua yang kat situ pun dah boring tunggu tapi orang lain tak bawak anak kecik cam aku, hakimi la ahli rombongan paling muda kat situ. Puas dah aku dok la

Hakimi masuk wad!

Kedua, Hakimi masuk wad! 2 kali dalam masa 2 bulan! Apa lagi aku nak cakap selain letih. Yang pertama memula dia kena batuk je. Aku ingat macam batuk biasa je la. Lepas tu pagi jumaat 2/1 aku hantar dia macam biasa kat taska. Tetiba kul 10.30 pg cikgu dia sms kata dia makin teruk. Aku terus gi ambik dia, memang nafas dia makin dalam dan laju. Aku dah risau terus bawak gi klinik pesakit luar kuantan. Pastu dr kat situ suruh kami pegi x-ray kat hospital lak then ptg kang bawak x-ray datang sekali. Kami buat semua yang disuruh dan dtg semula petang tu. Dan akhirnya, hakimi kena admit ward hari tu jugak jam 6 ptg. Hari ini dalam sejarah sebab kami pegi hospital dari klinik pesakit luar naik ambulans yang alarm dia terpasang (pasal hari tu jem yang agak teruk kat kuantan). Sampai sekarang ni hakimi tak leh nampak ambulans walaupun lampu dia tak pasang mesti dia akan bunyi2 mulut..hehe.. dan aku pun terpaksa la ambik percutian 5 hari 5 malam kat hospital dan merayakan hari lahir aku kat hosp

Dugaan..

Pertama, Perkara yang berlaku bulan 1 lepas..tarikh keramat 13/1/2009 kalau boleh aku tak nak ingat benda ni sampai bila2..cukuplah kalau cakap yang benda ni menyebabkan aku jadi hampir2 kurang siuman…tapi alhamdulillah masih ada sayang… ya..masih ada yang sayang…aku bersyukur sangat2 sebab ada keluarga yang sangat mengambil berat…terima kasih semua.. kalau tak aku tak tau apa yang akan terjadi sekarang ni… Allah s.w.t Maha Adil.. Dia uji hambanya..dan di masa yang sama Dia tolong hambanya…Allah Maha Besar.. Terima kasih juga pada kawan2 juga insan yang mengambil berat…tak terbalas budi yang telah kalian berikan….

Selamat datang...jemput..jemput..masuk...

Salam semua.. Sebagai permulaan...terima kasih pada yang sudi melawat...aku buat blog ni ada banyak sebab sebenarnya...pertama nak meluahkan rasa, kedua friendster susah nak access dah sekarang ni, dan ketiga sebab ikut kawan2 yang banyak buat blog... semoga semua yang membaca terhibur.... Semenjak kali terakhir aku tulis kat friendsteri, macam2 perkara berlaku dalam hidup aku… Kalau rajin lawat la blog baru aku kat sini.