Ogos 2010 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

gambar terbaru anak2..

salam semua.. entry kali ni versi gambar lak... meh layan gambo terbaru anak2 aku ye...

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

salam semua, sempena bulan ramadhan ni elok la kita banyakkan berzikir kan? jadi kali ni aku nak kongsi benda2 kat bawah ni ye... FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..." Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari. 1. Allah 2. Ar-Rahman - Maha Pemurah 3. Ar-Rahim - Maha Penyayang 4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah 5. Al-Quddus - Maha Suci 6. As-Salam - Maha Penyelamat 7. Al-Mu'min - Maha Pengaman 8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga 9. Al-‘Aziz - Maha Mulia/Perkasa 10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa 11. Al-Mutakabbir - Maha Besar 12. Al-Khaliq - Maha Pencipta 13. Al-Bari' - Maha Perancang 14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk 15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun 16.

najmi update

salam semua, lama dah tak bersiaran panjang2 kan? bulan puasa ni cam padat sikit jadual, masa rasa cam cepat sangat berlalu. terkejar2 je hari2...tetiap pagi start kul 3 dah bangun bagi najmi susu, masak untuk sahur, pam susu, sahur terus tak tidur sampai la gi keja..letih teramat tapi bila tengok muka anak2 tambahan lak tengok adik najmi yang makin sihat terus hilang penat semua entah ke mana...tapi aku make sure kul 10 mlm dah tidur. eh..meleret-leret lak cite sal aku ek? meh2 kita cite sal perkembangan adik najmi... pagi ni aku bawak najmi kat tempat keja, dia elok je tidur dalam carrier dia jadi boleh la aku buat keja, lepas tu kul 11 pg kami gerak gi hospital pasal appointment dia kul 11.30pg...sampai je tak sampai setengah jam dah panggil untuk timbang, lepas tu tak lama gak tunggu dah dapat jumpa doc...ni yang aku suka camni...hehe... bila timbang tadi, berat adik dah naik ke 4.7kg! hah terperanjat ummi...naik 900gm dalm 2 minggu tu..patutlah aku rasa cam dah tak larat nak taha

tangisan ummi..

salam semua, bagi korang yang kenal aku dari zaman sekolah mesti terkejut dengan tajuk kali ni kan? ni luahan rasa aku..hari isnin ni buat pengetahuan korang semua kami akan bawak adik najmi sekali lagi ke HTAA untuk susulan pakar. kali ni untuk tau fungsi buah pinggang dan hati adik..berat rasa hati nak melangkah ke hospital rasanya tapi apakan daya, kena la jugak kuatkan semangat.. ummi amat berharap adik tak apa2...tapi siapa boleh lawan ketentuan Tuhan kan? ummi cuma boleh berharap je..  tadi aku luangkan masa sementara pam susu untuk adik sambil baca blog - blog ni, doa buat alanna dan fajar seluas angkasa. menitis air mata aku tengahari ni...tabah sungguh mereka2 ni menghadapi dugaan...dan sekarang aku pun berada antara mereka ni.. semalam aku dan shah menhadap adik tengah tidur, mata kami sama2 bergenang bila tengok adik tidur, tenang je tapi muka adik makin hari makin pucat amat merisaukan kami. kami cuma boleh bagi adik ubat yang dr bagi, apa daya kami lagi nak tolong a

kena tinggal!

salam semua, hari ni aku gi keja dari umah mak mertua aku..sebabnya aku kena tinggal 2 orang buah hati aku tu kat kg hari ni...aku kena gi putrajaya lak hari ni..bulan posa lak diorang buat program...nak buat camne kan keja.. hakimi ok je kena tinggal..leh salam2..babai2..najmi lak aku cium banyak kali la...cian dia lambat la hari ni dapat nenen ummi dia..sabar ye nak.. k aku nak gerak jap lg ni..nak pam susu lak ni..babai...

berehat sekejap..

salam semua, hari ni banyak noo report yg aku kena buat sebenarnya tp aku berehat sekejap la..tak larat dah nak tengok kertas berlambak2 kat atas meja ni haa.. aku nak cite lak pasal anak2 aku.. hakimi aka abg long: dia dah makin besar dan sihat..ye la budak dumex la kan..hehe...sukanya bila dia ceria.. abang long sangat sayang dengan adik..sampaikan kalau mak tok dia acah2 pegang adik nak suh tinggal kat umah dia pun abg long leh pakat nangis beria2...dan paling penting dia dah pandai cakap macam2...kalau aku berbual dengan shah pun dia pandai menyampuk..mesti dia akan tanya sesuatu, kalau masuk keta je mesti tanya kita nak pegi mana ni... pendek kata kalau dok rumah tu mulut dia tak penah diam la..kecuali bila tengok ultraman, tekun ko..kena consentrate...hehe... kalau aku cuti lak..kalau aku pagar je pintu, dia mesti mengekor aku ke mana je aku gi sambil mulut tak berhenti panggil ummi...ummi..ummi..aku rasa lebih seratus kali sehari kot.. sudahnya aku bukak pagar..dia capai beskal.

pam susu

salam pagi ramadhan semua, hari ni dah masuk bulan ramadhan pun, aku harap sangat tahun ni dapat puasa penuh...insyallah rasanya sbb sampai ke hari ni aku lum kena period lagi, mungkin sebab masih susukan najmi agaknya..alhamdulillah... hari ni aku nak cite pasal rutin pam susu aku kat opis ni.. selalunya aku start pam dlm kul 10am, 1pm dan 4pm..satu sesi lagi aku buat kat umah..pepagi buta la biasanya...dlm kul 2-3 pg la gitu... tapi bila bulan puasa ni rutin aku cam dah tukar sikit kot.. sebab najmi menyusu awal, dalam kul 4 pg..pastu aku bangun sediakan makanan sahur..lepas sahur dalam kul 5 tu aku pam nak menunggukan subuh kan.. hari ni la start rutin baru aku dan ni la hasil aku pagi tadi...tarra... banyak kan? ni yang nak buat aku makin semangat nak mengepam untuk najmi ni...tapi aku masih top up dengan susu formula gak.. yang ni hasil aku guna pam manual medela tu...bagus kan? selama ni aku pakai spectra 3 yang elektrik tu..cam tak bape sesuai dengan aku kot...dapat sikit je...d

gambar terbaru anak2...

ni gambar abg long tgh sibuk dgn board baru dia... ni lak gambar adik dgn bantal baru dia...adik dah ada isi sikit kan?

late entry

salam semua, yg aku nak post ni semua entry yg aku dah lama taip dlm phone cuma x sempat nak upload dlm ni je...k layan ye... 27.7.2010 salam semua, hari ni merupakan tarikh keramat yg amat menyedihkan bg aku.  Sebabnya? Hari ni aku start bg susu formula utk najmi. Sedih yg amat. Masa aku taip entry ni pun menitis air mata aku. Sory ek ter'emo' pulak. Tp aku mmg sedih sgt2 sbb aku harap sgt boleh susukn najmi sepenuhnya sampai 2 thn. Tp baru 2 bln aku dah tak mampu.  Korang mesti nak tau kan apa sebabnya. 2 perkara ni yang buat aku ambik keputusan terpaksa bg susu formula jugak. Pertama ingat tak masa najmi masuk wad sebab demam aritu. Masa tu susu badan aku xde tp aku paksa anak aku hisap sampai dia demam.  Aku cuma top up dgn susu formula sikit je. Kedua, berat bdn dia x naik2 dari lahir sampai sekarang. Dan darah pun tak cukup. Dan aku rasa sebab utama semua tu jadi pasal dia 'TAK CUKUP SUSU'. Satu hakikat yg aku tak sanggup terima. Malah sebabkan aku rasa sedih yg

esok cuti

salam, esok aku cuti tau..nak bawak najmi gi check up...makin nak cuti esok, makin banyak lak keja nak kena buat hari ni... k la aku nak gi pam jap..dah due dah masa ni patut kul 2 tadi...pastu nak makan jap...doakan yang bebaik untuk najmi ye kekawan..mekasih..

taska anak-anak

salam, baru je abis buat kes tadi, ni sebelum naik buat report aku nak tulis entry ni dulu... sebenarnya sejak bulan lepas kami bercadang nak hantar anak ke taska abg long kat belakang hospital dulu tu, tapi bila aku gi survey minggu lepas...Ya Allah...ramainya bebudak...baby je cikgu tu kata dah ada 16 orang...bayangkan kalau semua nurse yang hantar anak tu keja pagi...semua baby tu padat dan sendat dalam bilik yang kecik amat..aku rasa bilik tu tak sampai 10' x 10' pun...pelik gak aku diorang tak guna skala ke bape budak per meter square....pelik kan? dah tu dia nak ambik rm280 untuk bayaran 1 baby! hah ambik ko..baik aku hantar kat umah orang, tentu-tentunya cuma jaga anak aku sorang jek... sudahnya hari selasa tu gak aku gi survey taska lain...tak sedap hati betul...petang tu aku dah gi kat area kempadang makmur..dapat la taska lain ni..hari khamis aku pun try la hantar 2 orang hero tu..pepagi aku akan bagi adik nenen masa dalam perjalanan ke taska pastu sampai je taska sam

minah rempit...? hehehe..

salam semua, aku buat entry ni sebelum buat kes jap lagi...sempat tu mengulor..hehehe.. aku nak cite ni mulai hari isnin lepas aku dah mula merempit tau..dengan sapa lagi kalau bukan suamiku yang tersayang tu... sebabnya anak2 kami dah hantar taska baru yang dekat je dengan umah...pasal taska tu jap lagi bila abis keja aku cite lak ye... rutin kami hari2, keluar umah naik keta hantar 2 orang buah hati kami tu...pastu balik semula umah tukar lak naik motor gi keja...mesti ada yang tanya kenapa kan?...hehehe..bior aku jawap dulu ye.. sebabnya kami menyahut seruan orang2 yang suruh orang lain ubah cara hidup tu...ye la kan barang2 semua dah naik...minyak naik, gula naik....darah pun makin hari makin naik gak camni...jadi sebelum darah naik elok la kami ambik langkah berjaga2 kan?..hehehe... aku cadang nak letak gambar aku sebenarnya ni tapi hari ni kami kena naik keta lak sebab hujan jadi terpaksa la aku tepek gambor mat rempit kat atas nuuu...k la aku gi dulu ye...cau cin cau...

perkembangan najmi..

salam semua, sejak minggu lepas aku dah start bagi susu perahan aku kat najmi melalui botol...nampaknya macam badan dia ok sikit banding kalau dia minum direct dari badan...sebab dia jenis yang malas menyusu sikit jadi dia akan menghisap sikit lepas tu berhenti lama...cuma bergantung je kat dada ni haa...sebab tu dia dapat susu kurang kot.. ok ni aku tunjuk gambar perkembangan dia ye... kat bawah ni gambar masa belum start bagi ikut botol...cuba tengok pipi dengan lekuk kat bawah leher tu... yang ni lak lepas seminggu bagi ikut botol... nampak cam ada beza sikit kan...dagu dia pun cam ada double sikit...harap2nya timbang hujung minggu ni leh naik la hendaknya..insyallah...amin..

kembali bekerja!

salam semua, pagi ni aku start dah masuk keja... pepagi ni ada kekalutan sikit...hujung minggu lepas kami balik kg jadi 1 pg tadi baru sampai rumah. kul 2 pg baru leh tidur lak..aku bangun pepagi susukan najmi, mandikan dia semua pastu hantar dia ke taska kul 7.30 pg tadi..sesampai je kat taska ada cikgu baru lak, yg lama dah berhenti...yang jaga baby lak lum sampai lagi..kalut betul! cikgu baru yang ganti lak tak berani pegang baby...waaa...lagi kalut aku dibuatnya...aku mintak rendam susu najmi dulu...aku cari susu dulu takde dalam peti, rupanya dia simpan dalam freezer lak..waaa..lagi terkejut aku...cecepat aku ajar letak kat belah bawah je...tengah2 kalut tu, datang pengusaha taska tu sendiri, kak zai...dia ambik najmi dari aku dan suruh aku gi keja terus...aku lak? terpaksa gi cepat sebab aku masuk keja kul 8 pg walaupun hati aku ni berat je.. tadi aku sampai tempat keja pun dah dekat kul 8.30pg, mintak sain kat punch card dengan bos..settle...tadi kul 9.30 pg aku call kak zai tu