saya dah botak! - Cerita Ita                                                             saya dah botak! Langkau ke kandungan utama

saya dah botak!

salam semua,

korang pelik tengok tajuk tu?

hehe.... aku nak botak? tak la.... kan aku dah cerita tadi pagi yang aku botakkan kepala anak2 aku kan....

nak tau nape aku buat camtu? sebenarnya kalau ikut hati malas nak botakkan diorang tu... aku sangat geli tengok orang botak ok.... tapi nak buat camne kan.... takde pilihan....

memula kami cadang taknak gak botak.... tapi lepas beberapa minggu lepas macam tak dapat nak dielakkan lagi dah....

sebab musababnya adalah kerana KUTU..... ye kutu telah menjangkiti kami anak beranak..... wooo sensara wooo..... abg long ntah dapat kutu dari mana tah... penuh kepala dia.... kejadian berlaku lepas minggu cuti sekolah hari tu.... aku tak tau datang dari mana..... memula dia kata kepala dia sakit... cikgu dia terus sikat pagi sikat kat sekolah.... korang nak tau dapat berapa? 33 ekor ok......! siap dia cakap pulak.... ada ayah dia... ummi dia... abg long dia... adik dia sekali ummi.... waa...haru betul...

cikgu sikat adik dia pulak dapat 3 ekor..... aku apa lagi terus sikat kepala aku dgn shah.... mujur clear.... agaknya banyak kelemumur ni kutu tak suka kot....

sabtu lepas aku sesaje la selak2 rambut dia.... aku cari lagi kot ada telur2 kutu yang tertinggal ke kan.... tetiba terjumpa bapak kutu ada 3 ekor.... sah2 baru manjat ni.... apa lagi tu yang petang tu jugak takde tangguh2 lagi terus gi cukur kepala 2 beradik tu......

tapi ayat yang paling tak leh tahan dari abg long bila orang tanya pasal rambut......

"saya dah botak.... adik saya pun botak jugak"

bila orang tanya pulak kenapa botak? dia jawab...

" kepala saya ada kutu sebab tu kena botak"...... waaaa.... buat malu je la....

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat