Ogos 2012 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

tempat korang ada?

salam sejahtera semua, saje aku tampal gambar ni? eh ternampak pulak sampah yang tak masuk dalam tong sampah tu kan? dan nak tanya.... tempat korang ada benda alah ni? bagi yang tak nampak sila klik gambar bagi besar ok.... tentu korang cakap takde kan? pasal kat kuantan je ada LYNAS... hehe... ke ada yang nak jawab... apa benda tu? ok... buat pengetahuan korang yang tak tau... benda alah ni adalah alat mengukur kadar radiasi semasa di Kuantan... ketepatan dia aku tak pasti tapi alat dia dah dipasang sejak tahun lepas kalau tak silap aku bersebelahan dengan pintu masuk ke Ibu Pejabat Polis Pahang... dan dah jadi kebiasaannya aku akan jeling ke skrin ni bila aku dalam perjalanan balik ke rumah.... tapi dah 2 kali bacaan yang tertera kat situ agak menakutkan....time aku lalu la..... tak sempat pulak nak snap buat bukti.... bacaan biasa aku selalu tengok adalah 127 ke 132 errr aku lupa la bacaan dia apa... esok aku update ek... tapi bacaan yang aku kata menakut

Aku dah kurus!

salam sejahtera semua, haaaa... apa reaksi anda membaca tajuk di atas? tak percaya? cemburu? jeles? marah? dengki? hehehe..... ini bukan cubaan ok... ini betul-betul.... ceritanya aku balik beraya kat johor kan.... dalam raya ke 3 kot aku timbang... hahaha... berat aku  62kg! mesti ada korang yang cakap eleh... 62kg pun nak bising ke? jawapan aku kat korang-korang yang bercakap tu.... mestilah pasal berat aku sebelum ni 68kg tau! nampak tak? penurunan sebanyak 6kg di situ? hahaha... ini yang buat aku makin bersemangat nak dapatkan berat 55kg aku masa baru kawin dulu....waaa... berjayakah aku dengan kehadiran lemak-lemak degil di perutku ini....waaa... p/s korang yang jeles tu jangan pulak lepas ni makan bukan-bukan sebab nak kurangkan berat macam aku ye...kalau terpikir jugak camtu... meh baca Entry ni ...

Bahana nak kurus

salam sejahtera semua, kejap tadi aku bukak facebook... terbaca satu artikel dari doktor ni... Assalam dr..nak tnya sikit..pil acai berry tu bahaya tk doc?..kalau doc ada info..plz update ye..anywy slamt ari raya doctor Wa alaikum mus salam, saya mendapat tahu ia telah diharamkan oleh KKM. Terdapat berita banyak produk itu dirampas . "KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama wanita yang gemar mengambil sejenis produk melangsingkan badan berasaskan buah acai beri, diminta menghentikan amalan itu kerana ia disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan. Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk yang sudah setahun berada di pasaran itu mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan kesihatan. Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat campuran bahan kimia beracun `Sibutramine Hydrochloride’ dalam produk kesihatan menggunakan buah yang kaya dengan bahan antioksida itu. “Bahan ki

Ramadhan dah berlalu..

salam sejahtera semua, lama dah blog ni tak update kan? sampai nak tulis entry pertama lepas naik cuti ni pun tak tau nak tulis apa dah ni... aku baru je naik kerja hari ni lepas seminggu bercuti... tapi tak beraya sakan pun.. cuma beraya bersama orang tua yang pentingnya... tapi cerita pasal raya ni nanti-nanti la aku cerita dengan gambar kami sekali ye.. kali ni nak cerita pasal penghujung ramadhan yang lepas baru ni... nak dijadikan cerita kami dah plan nak balik kampung pada hari jumaat 17/8 tapi banyak halangan yang akhirnya menyebabkan kami akhirnya pulang pada pagi akhir ramadhan 18/8... ramadhan tahun ni banyak memberi keinsafan pada aku.... pada hari-hari akhir ramadhan aku dikejutkan dengan 2 cerita sedih dari sahabat terdekat.... sahabat pertama hanya boleh aku berkongsi mendengar cerita sedihnya tanpa aku dapat menolong apa-apa...maaf ya sahabat... aku hanya boleh memantau dari kejauhan... ini pula cerita sahabat kedua.... pada hari kedua akhir ramadhan, a

Kecoh di Kuantan

salam sejahtera semua, dah ada yang bercuti ke? kepada yang dah bercuti, selamat bercuti diucapkan... bersemangat nak raya kan... awal ambik cuti.... aku? masih kena bertugas sampai esok... tadi pagi je abg long dah sibuk-sibuk kata sekolah cantik(Tadika Kemas) dah cuti... saya nak sekolah kat sekolah ustazah(taska tumpang) la... ye la nak... memang ummi hantar situ pun... semalam balik sekolah dia dah dapat  3 sampul duit raya... suka dia masa bercerita semalam sambil riuh mulut dia tanya bila kita nak raya... budak-budak kan? tapi kalau takde budak-budak raya kita tak meriah mana pun... ke tak betul? ada bapak dengan mak budak yang lebih-lebih ke? hehe.... back to the tajuk.... memang kecoh kat kuantan semalam.... dah la semalam petang ada ribut sekejap... seram bila tengok keadaan kat luar..  malam tadi aku dengan shah bawak anak-anak nak beli baju raya.. lagi sekali ribut dalam family pulak. baju melayu dan baju kurung dah selesai.. sepasang sorang je pun... dan semalam kon

Majlis Berbuka Puasa

salam sejahtera semua, aku nak cerita pasal berbuka free semalam... best! pasal tak payah masak... hehe... sebenarnya perancangan berbuka puasa anjuran Jabatan ni dah lama diorang nak buat tapi semalam baru terlaksana... menu makanan... alhamdulillah best dan sedap-sedap... ada nasi, lauk gulai kawah, ikan masak sambal, ayam goreng, acar dan ikan masin bulu ayam... ada juga kuih tembosa dan kuah bakar yang sedap (adik husna pun boleh makan sekali).... alhamdulillah semua aturcara teratur dan sangat baik..... selepas makan aku mendaki pulak surau kat atas bukit sebab nak solat kat dewan tak boleh, nak ambik air sembahyang kena tinggal adik husna lak nanti pasal kena ambik air sembahyang kat dalam tandas... kalau surau boleh je dia duduk kat tepi tu kejap... dah lama tak datang berbuka sama dengan staff kat sini pasal ada kejadian menyebabkan kami merajuk hati dulu... dulu-dulu lagi meriah dari sekarang ni... kalau dulu nak solat pun dah tak cukup ruang dewan  makmur tu... seka

Popia Pedas dan Kerepek Ubi Pedas Untuk Dijual

salam sejahtera semua, diharap semua kawan-kawan sihat pagi ni? dah ada yang dalam perjalanan balik kampung ke? awal betul kan? tapi tak hairan la... Ada orang bila bulan puasa ada je alasan nak buat dia tak puasa tapi bila beraya terlebih pulak dari sebulan Syawal yang ada.... untuk apa dia beraya pun kadang-kadang menjadikan tanda tanya kan?.... apa pun pagi ni aku bukan nak bagi ceramah agama tapi nak meniaga... sorry la kalau ada yang taknak baca.. skip je la... untuk persediaan korang menyambut tetamu di hari raya ni aku nak promosi 2 jenis kuih tradisional yang best terpilih di antara kilang-kilang yang menjual kerepek di daerah batu pahat dan kluang.... ni dia.... kerepek ubi pedas dah siap dalam bekas cantik yang selamat ditimbang isinya sahaja sebanyak 1/2 kg++ RM10 sahaja kuih popiah pedas (ini bukan popiah biasa tapi inti udangnya disira pedas) dah siap dalam bekas cantik jugak yang selamat ditimbang isinya juga 1/2 kg ++ RM15 sahaja untuk m

Apa beza Pra sekolah dengan Tadika kemas?

salam sejahtera semua, nak tanya pendapat korang la.. tadi aku ada terbaca pasal pendaftaran untuk pra sekolah... nak tau je bagi sesiapa yang dah ada anak-anak sekolah..... ada beza ke antara pra sekolah dengan Tadika Kemas? kalau sekarang ni tadika kemas kat tempat aku hantar abg long ni.. yuran tahunan rm80 dan bulanan rm15... Apa beza Pra sekolah dengan Tadika kemas? kalau pra sekolah kena bayar bulan-bulan ke tak ye? mana lagi ok? pra sekolah ke tadika? kalau pra sekolah buat konsep macam sekolah ada periksa-periksa segala tu aku tau confirm anak aku gi sekolah sehari je kang.... korang ada cadangan tak? aku terbaca dia tengok pendapatan keluarga pulak..... payah ke nak mohon ni? semua sekolah ke ada? p/s kalau ikut aku teruskan je la kat tadika kemas tu kan? sayang baju sekolah tadika tu belum lusuh lagi... hehe... update entri terbaru pasal perbezaan ni.. boleh baca kat Apa Beza Tadika, Tabika dan Pra Sekolah ..

akhirnya ku mengambil keputusan..

salam sejahtera semua, hari ni aku dah buat keputusan... sebenarnya semalam lagi dah buat tapi macam tak pasti sangat... eh... ini bukan keputusan nak balik raya kampung siapa tau! balik raya tahun ni dah confirm ke johor pasal tahun lepas dah raya kat sini... melalut ke balik raya pulak dah.... aku nak cerita susulan pasal tajuk ni semalam Mana yang ok? dan akhirnya aku dah buat keputusan berdasarkan undian pembaca blog ini... hehe.. macam ramai... ditambah dengan satu undian oleh tuan punya blog menjadikan no 2 melebihi no 1 dengan keputusan 3:1... haha... memang aku dah berkenan lama nak nukor kaler pink-pink ni... semenjak asyik beli baju anak kaler-kaler pink ni la... ceh alasan... selamat melayari rumah baru ni... kalau ada yg tersepah sana sini tu korang abaikan je la dulu eh... tuan rumah tengah pening nak susun ni... p/s ke korang yang pilih no 2 tu pasal menyampah tengok header aku yang gambar aku perasan cun tersangat besar tu sebenarnya? eh? update: aku terpak

mana ok?

salam sejahtera semua, rasa nak tukar baru la... dah bosan kaler gelap-gelap ni.... korang rasa mana ok? yang ni ke? atau yang ni ok? p/s nak bagi cerah sikit mata yang baca blog ni...ok kan?

kuih raya ... dah buat ke? aku dah...

salam sejahtera semua, korang sihat pagi ni? aku ting-tong sikit kepala pasal baru sampai dari rumah mak aku pukul 1 pagi tadi... macamana puasa korang? kejap je dah 24 Ramadhan kan? dah nak abis pun bulan ramadhan... semangat nak raya makin terasa... lagi la kat opis aku ni haa... nak tau apsal? pasal jiran sebelah ni dah mula pasang lagu-lagu raya je dah ni... mood aku lak? nak kata ke laut... laut dekat je dengan rumah... maka aku kata mood aku ke gunung aci tak? pasal gunung jauh kat rumah mak aku kat kluang sana tu kan.... hehe.... tahun ni aku rasa aku bersara la buat kuih raya.... bersara kejap je la... takde semangat nak buat dengan cabaran anak-anak ni... karang aku jadi macam kes ni  pulak kang... pasal dah letih kan? apa pun boleh jadi..... tapi  korang mesti pelik tengok tajuk kan? kata aku dah buat..... sebenarnya aku menumpang nama kuih yang mak dengan adik aku buat je baru ni masa balik kampung.... aci jugak kan? hehe.... dah banyak jugak stok kuih mak aku k

Ibu Mengamuk Rempeyek Rosak! Ini kerja gila!

salam sejahtera semua, haha... bersiaran langsung dari rumah mak aku ha ri ni... terima kasih la pada korang yang sudi komen kat entry Blueberry Cheesecake tu... nanti-nanti la aku balas ye.. line ni cukup-cukup je nak bagi aku bernafas je ni... hari ni hati aku pepagi dah panas dah ni... ni semua sebab BERITA ni la.... KUALA LUMPUR: Berang kuih rempeyek yang baru dibuat untuk hidangan Aidilfitri dirosakkan, seorang ibu membelasah anak sulungnya berusia enam tahun hingga lebam di badan serta berdarah hidung dan mulut. Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa bersama adik perempuannya berusia empat tahun berada di rumah bersama ibu mereka manakala bapa mereka keluar bekerja sebagai pemandu bas. Sumber polis berkata, sejurus pulang ke rumah bapa mangsa mendukung anak lelakinya itu sebelum terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu menangis kesakitan. hangin aku tau.... aku nak je gi jumpa mak budak tu pastu tanya dia.. dia raya pasal apa ye? kalau sebab nak merayak

Perkembangan adik Husna

salam sejahtera semua, pagi tadi aku hantar adik husna ke klinik dulu baru masuk kerja... sebenarnya temujanji adik 7hb tapi kami lupa! hahaha... baru anak 3 tu.... sudahnya tadi pagi baru jengah gi klinik... alhamdulillah adik husna dah makin besar... dia dah pandai macam-macam... dia dah pandai menjelor (kata org johor untuk bergerak dalam posisi meniarap tapi menolak ke depan dengan gerakan kaki dan tangan...fuh...) dengan lajunya... dah berjaya sampai ke dapur pun dia.... dia dah pandai angkat-angkat bontot tinggi-tinggi macam ni... dan sambil buat posisi macam nak duduk pun ada macam ni... dan semalam dah nampak gerakan pertama dia merangkak.... tak sempat pun nak ambik gambar... abis la comot baju raya dia nanti... gigi pun dah tumbuh 2 batang belah bawah... makan makin kuat... hahaha.. yang ni ummi suka... apa ummi masak semua abis sambil dibantu oleh abg ngah jugak... dia dah pandai main cak-cak belakang kain...hihi... pagi tadi kami check... berat d

Blueberry Cheesecake? Menyampah...

salam sejahtera semua, aku nak cerita ni, hari ahad lepas aku ada buat majlis berbuka puasa atau potluck dengan adik beradik shah kat rumah kami... memang meriah la sambutan tu... berbuka ramai-ramai kan? tapi kami lupa pulak nak ambik gambar... tambah pulak masa tu tengah ada final badminton olimpik... terusss lupa... tapi bukan pasal tu aku nak cerita..... pasal kek ni haa..... mengancam kan? aku pinjam gambar dari kawan aku Faiz .. dia memang rajin buat kek dan jual... aku pun dengan rajinnya la nak mengodeh cheesecake pulak untuk acara makan-makan ni... tapi sila bayangkan kejadian yang berlaku ok..... pejam mata dan bayangkan.... baru je aku panaskan susu dan cairkan cream cheese pastu butter.... mula dah drama... adik beradik berdua tu dah mula bergaduh... shah keja time aku buat ni...kena berkejaran pulak aku jadi pengadil tak rasmi... kalau pengadil olimpik tu takpe gak dapat gak elaun... ini pengadil perlawanan gusti yang takde lesen... gedebuk muka pengadil pulak

Unique Giveaway By Lulu Caldina

salam sejahtera semua, nak join GA lulu ni.... lulu, akak pertaruhkan gambar ni haaa... gambar tepi pun aci kan? hahaha.... ni gambar habis cun dah ni... masa ni senyum memang ikhlas habis la ni.... korang nak join? gi kat sini... Lulu Caldina .. p/s errr... nanti2 kalau menang ko transform gambar anak akak sekali ke dik?? hehe... bajet boleh menang...

Aiskrim percuma di Baskin-Robbins!

salam sejahtera semua, baru je abis meeting dan nak kongsikan berita gembira kat korang ni.... hari tu kita dah cukup gembira walaupun cuma dapat perak untuk badminton kan? tapi ada yang lebih gembira lagi ni.... masa sebelum perlawanan badminton akhir tu ada nampak pengumuman askrim percuma kat tv kalau malaysia dapat emas untuk olimpik... dan ada baca kat metro pun... Aiskrim Baskin-Robbins percuma sekiranya Malaysia menang pingat emas tapi lepas kalah pusingan akhir badminton di olimpik tu kami terus melupakan hasrat nak makan aiskrim free ni... tetapi tetiba je hari ni dapat berita gembira ni pulak.... Tetap beri aiskrim percuma haaa.... korang dah baca kan? jom serbu ramai-ramai.... p/s itu pun kalau shah nak ikut permintaan isteri dia ni la kan......

Kedai Kurma di Kuantan

salam sejahtera semua, pagi ni korang sihat? nak cerita apa pagi ni ye? pagi ni ada meeting pukul 9 pagi kang... sementara tu aku tulis entry ni dulu ye... aku suka kurma, kalau bukan bulan puasa pun aku memang suka makan kurma.... bersyukur sangat zaman sekarang ni tak macam dulu-dulu yang hanya kita jumpa kurma masa bulan puasa aje... sekarang bila-bila pun dah ada jual kurma.... kalau kat kuantan ni ada 2 kedai besar yang jual kurma ni... satu kat Pasar Kurma kat Jalan Beserah... bagi yang tak tau lokasi kedai ni cuba cari Pasaraya Tunas Manja Jalan Beserah.... dia sederet dengan Tunas Manja dan Kedai Kereta Mercedes... satu lagi kedai ialah Hamid Bros kat Jalan Mahkota... Kedai ni sederet dengan kedai-kedai kain sebelum Jalan Bank...senang je nak cari.... kalau ikut kami sekeluarga suka pergi kedai Hamid Bros lagi dari kedai Pasar Kurma pasal harga dia jauh berbeza... kalau kat Pasar Kurma ada macam-macam jenis dari yang murah sampai mahal... ada

Berbuka apa hari ni?

salam sejahtera semua, korang berbuka apa hari ni? maaf la ye... tak bersahur ni menyebabkan aku nak cerita pasal makanan la pulak.... al kisah semalam kami ajak akak ipar aku atau akak shah datang rumah sekeluarga untuk berbuka puasa kat rumah kami... bukan masak grand macam kat hotel yang siap ada 40-100 jenis lauk pauk pun... cuma sekadar niat nak menjamu orang berpuasa je makan.... makanya terhasil la juadah -juadah ini.... tauhu sumbat yang memang sumbat je apa yang dapat... hehe... shah yang buat ni... aku tolong goreng tauhu je... pastu lawan pulak dengan sambal kacang yang agak terpedas sikit.... lupa sambal kicap dalam peti daaa... pastu buat orang yang masih cari nasi... ni haaa.... nasi goreng sardin in the making..... pastu kitorang buat air koktel je... senang... main curah-curah je dari tin... kami kata air orang malas ni... opsss...air takde gambar pasal dah nak berbuka baru sediakan... itu pun abg ngah dah hadap bekas koktel tu sambil cak

Besarnya rahmatMu Ya Allah...

salam sejahtera semua, kejap je dah masuk 15 ramadhan kan? hari ni aku terasa besar betul rahmat yang Allah berikan pada aku selama ni... kalau ada kesukaran mudah saja Dia tunjukkan jalan keluar.... cuma aku yang kadangkala lupa untuk bersyukur.... hari ni satu lagi rahmat besar kami terima Ya Allah... Kau permudahkanlah puasa kami suami isteri sehingga waktu berbuka nanti... amin... tapi belum pun aku tulis doa kat atas tu... Allah dah turunkan rahmat yang besar buat kami... HUJAN.... alhamdulillah... lega sikit keletihan yang aku rasa saat ni... nak dijadikan cerita pagi tadi aku dah bangun pukul 4.15 pagi untuk siapkan barang untuk bersahur.. tetiba adik husna pulak nak menyusu... aku tunaikan kewajipan tapi tak sedar terlelap semula... sedar-sedar je jam dah pukul 5.30 pagi... cuma sempat kejut shah dan suruh dia berniat je la... apa pun dah tak sempat dah.... cuma aku agak terkilan tak sempat minum air banyak-banyak waktu sahur macam biasa aku buat.... tapi Alla

Songkok Raya ... korang beli kat mana?

salam sejahtera semua, semalam aku takde sebab ada seminar kesempurnaan solat.... banyak betul benda yang silap tapi kita tak perasan pun kita buat dalam solat... satu pesanan yang penting dari Ustazah Hajah Siti Khadijah semalam... "kita kena belajar untuk buat yang terbaik dalam solat...kalau kita tak mampu berdiri, duduk atau dengan cara apa pun yang kita boleh janji kita bersolat...jangan tak buat langsung atas alasan sakit... selebihnya kita berserah pada Allah s.w.t dan doa mohon semoga diterima setiap amalan yang kita lakukan padaNya..." eh sebenarnya nak cerita pasal songkok raya ni... atas tu selingan je... setiap kali nak raya ramai orang sibuk nak beli kelengkapan beraya macam baju raya, tudung dan songkok kan? korang pulak macamana? keluarga kami bila nak raya biasa membeli songkok kat SINAR SONGKOK MELAYU ... kedai dia buat masa ni cuma ada di kluang je... jadi setiap kali balik kluang boleh la nak membeli... buat masa sekarang ni ada diorang buka

Coklat yang best!

salam sejahtera semua, entry terakhir sebelum balik memasak... horrey! kan best kalau dapat beli coklat labuan yang best ni banyak-banyak lagi.... kan asma? p/s pssttt asma.... aku memang nak order... tunggu tau....

Jumpa kawan lama!!!

salam sejahtera semua, aku excited semalam.... nak gi jumpa kawan lama yang memang lama sungguh tak jumpa.... kami dulu sama-sama belajar di matrikulasi di cheras... kawan aku tu, zam dah ada 4 orang anak dah pun... dia jadi cikgu kat kangar, perlis nuu haaa... jauh kan? tak sangka betul boleh jumpa... apa jadi bila jumpa?... aku macam terkejut sikit... lupa dah dia keja apa, anak berapa walaupun perkembangan dia selalu ikut kat facebook... hehe.. sorry zam... gugup kot lama tak jumpa ko... aku sebenarnya nak ajak ko berbuka kat rumah semalam tapi nak buat macamana dah pukul 6.15 aku baru sampai rumah... jem teruk kat kuantan semalam dan hari-hari sebelumnya... hari ni tak tau lagi camne... bulan puasa ni trafik kuantan ni makin teruk... kalau selalu aku boleh sampai rumah dalam pukul 5.30 petang.. ini jam 6 pun belum tentu lagi sampai.... akhirnya setelah plan macam-macam aku cuma sempat masak mee sup bodoh je pun.... eh.... meh layan gambar kami jom....

Penimbang Digital Murah

salam sejahtera semua, pagi ni tengok iklan kat email.... teruja betul... penimbang murah... macam senang pulak tu nak guna... tapi bila fikir-fikir balik timbang yang ada kat rumah tu pun entah bape kali guna terus hati rasa tawar je nak beli.... korang yang rasa nak beli meh la gi SINI ... p/s ni la masalahnya bila selalu masak-masak main agak-agak je...