Oktober 2012 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Tragedi : Husna Jatuh Tangga!!!

salam sejahtera semua, fuyoooo..... tragik kan bila baca tajuk tu?? dan mesti pelik jugak bila budak comel ni jatuh tangga... kejadian ni berlaku hari isnin lepas.... aku nak cerita pun seram pasal takut orang menyalahkan aku.... walaupun sebenarnya memang aku yang salah.... hukhuk... memang aku yang salah.... cerita dia macam ni.... kalau shah kena keja malam aku akan balik rumah dan berkejar-kejaran untuk mandi dan uruskan anak-anak.... dan malam isnin hari tu dia kena ot malam... maka aku pun macam biasa la kelam kabut.... mana abg ngah dengan abg long nak makan lagi... adik nak makan lagi... dengan abg ngah sibuk suruh buat susu... adik nak menyusu lagi... wah... kalut tu.... last-last aku yang selalu tak dapat makan malam... tu boleh kurus tu kot....? peristiwa malam isnin tu aku tengah leka bubuh nasi kat abg ngah kat dapur, masa ni adik husna ada kat ruang tamu lepak-lepak depan tv selepas makan....aku tak perasan pulak yang pagar kat tangga terbukak... entah sapa

homestay dan hotel di area bandar salak tinggi

salam sejahtera semua, pagi ni hujan lebat di kuantan ni....sejuk dan nyaman je rasanya... entry pagi ni nak mintak tolong sebenarnya.. kalau ada sesiapa yang tau homestay atau hotel di area bandar salak tinggi, sepang atau searea dengannya tu boleh tak tolong bagi contact no kat ruangan komen atau tolong email ke rozitaabdrahman@yahoo.com kalau boleh tak nak yang mahal sangat...dalam rm150 ke bawah lagi bagus...pasal kami cuma duduk 5 beranak je pun...tapi yang pentingnya ada peti ais je pasal nak letak susu si kecik tu nanti.. nak tau la....area dengkil tu jauh tak dengan salak tinggi ye? opssss lupa nak bagitau kami nak masuk 2 disember dan keluar pada 7 disember ok.. p/s hari ni nak cari durian...nak cari durian....sah deman durian crepe kan...hehe...

Menu untuk Daging Korban

Salam sejahtera semua, petang-petang syahdu ni (pasal mendung).... aku nak ucapkan tahniah pada kawan opis ni yang dah selamat melahirkan anak pagi tadi... to shila, jaga diri dan baby elok-elok...comel budaknya... petang ni juga aku mula teringatkan daging korban yang dapat hari semalam... ingat nak masak hari ni tapi ntah sempat ke tak ntah... silap-silap aku singgah pasar kg. peramu je kang... hihi... cadang nak masak esok pulak tapi dah plan nak buat durian crepe tu.... masak lusa la kot.... tapi nak buat masak apa ye? ada cadangan tak? sedap kalau buat masak lemak cili padi kan? tapi kalau masak black pepper pun ok gak... tak pun masak kicap.... tak pun masak sup.... lawan dengan roti dan sambal kicap...fuh.... tak pun buat kari... padankan pulak dengan roti jala... wah... leleh dah air liur bila bayangkan... korang rasa mana yang best? p/s berangan je.... silap-silap dah balik dari johor esok baru aku nak masak...hahaha....

durian crepe lagi..

salam sejahtera semua, dalam tak sampai seminggu lagi entry durian crepe dari aku? hahaha.....aku memang dah demam durian crepe.... dan hari ni aku beli lagi...dan kali ni dengan jiran dekat rumah ni pulak... terima kasih la jiran sebab sudi memenuhi citarasa akak ni ye.... ok aku nak layan crepe ni dulu bagi habis.... aku dah cakap dengan shah nak beli durian...nak buat crepe sendiri...hehe...resepi dah ada ni...cam senang je... kang kalau dah buat aku cite lagi ok...malam ni dan esok shah keja malam jadi lusa baru leh beli durian...maknanya mungkin khamis baru leh tayang durian crepe yang aku dah buat kat korang la....huhu....mengharap... sementara tu layan dulu durian crepe yang jiran aku buat ni.... p/s anak-anak dah selamat tidur...aku?

kehidupan lebih sihat?

salam sejahtera semua, korang nak kehidupan yang lebih sihat? meh tengok sini .... Cara Basuh Tangan... tau tentang hari membasuh tangan sedunia atau Global Hand Washing day? aku baru je tau... tapi dah terlepas dah pun.... 15 Oktober yang lepas...menarik kan? Global Handwashing Day  was originally created for children and schools,but can be celebrated by anyone promoting handwashing with soap. maklumat lanjut leh tengok sini  Global Hand Washing Day.. p/s aku suka layan iklan lifebuoy...1-2-3-4-5....

Aktiviti tegar..

salam sejahtera semua, selamat bekerja dalam mood raya lagi.... ni aku tengah keja sambil nak tambah stok susu si husna.. bersama unimom allergro tersayang... ceh... p/s teringin nak bangun pam malam cam dulu tapi tak laratnya badan sejak akhir-akhir ni...

kuantan sesak teruk

salam sejahtera semua, mata dah nak terlelap ni tapi masih nak taip entry... kuantan sesak teruk masa kami balik tadi... p/s esok ada ibadah korban kat ofis...k good nite!

comel tak saya?

p/s dah rupa anak jin dah kan? hihi

muka tak bersalah

salam sejahtera semua, nak tayang muka bebudak berdua yang tak bersalah dah jatuhkan kipas ni... p/s menu kami mlm ni bayam masak air....sedapnya makan panas-panas...

lemang raya haji

salam aidiladha semua, ini lah hasil kerja keras shah adik beradik dari pagi tadi.... best kan? tapi lemang siap lauk pun habis....adehhh... p/s ada sesiapa mau order?

lemang

Selamat Hari Raya Aidiladha

salam sejahtera semua, sebelum tu gambar penghias tu bukan la entiti yang nak mencuba masuk ke rumah kami...tapi shah yang tengah repair pintu rumah mak dia yang selamat kami duduki semula... sementara itu, ucapan selamat hari raya ini ditujukan buat semua ahli keluarga, sahabat, teman-teman yang mengenali diri saya.....terutamanya mak abah dengan ucapan maaf kerana anakanda tidak dapat pulang beraya bersama pada tahun ini...cewaaah dah macam buat ucapan keluar kat tv pulak kan? buat yang masih dalam perjalanan menuju ke kampung halaman...berhati-hati di jalanraya ok.... masa kami dalam perjalanan balik kampung tadi ramai sangat yang macam nak bunuh diri dah...mana taknya tak sabar dah nak sampai kampung dah masing-masing....sampai aku suruh shah jarak kereta kami jauh-jauh dari kereta-kereta tu semua....seram tau tengok...dah la semua penuh dengan anak-anak yang masih kecil... p/s orang kat luar tu semua masih sibuk uruskan itu ini...simen garaj la...betulkan lampu la...aku? sela

Aku memandu?

salam sejahtera semua, ececece.... tajuk tak ingat kan? hahaha...... jawapannya YA.... setelah bertahun jadi mem duduk sebelah je dan hari ini aku memandu ke tempat kerja.... tapi boleh la kan pasal hari ni ramai yang cuti... jalan pun lenggang je.... apa pun terjadi aku berjaya hantar anak-anak ke taska yang buka cuma untuk separuh hari... dan akhirnya memandu ke tempat kerja.... dan berhenti isi minyak... boleh pulak minyak nak merah masa ni kan.... mesti korang nak tanya kenapa aku yang drive pulak kan? apa? taknak tanya? ala tanya la... tanya la.... ok disebabkan korang dah tanya.... (aku terdengar suara2 halus kat telinga ni suruh bagitau...hehe..) maka aku kena cerita la kan? shah balik kampung hantar motor pasal dia nak berulang kerja sabtu ahad ni dengan motor je... jadi aku kena la bawak kereta sendiri ke tempat kerja hari ni.... perasaan? huhu.... gigil la jugak.... mana taknya... dah bertahun lesen aku tu keja renew je tau.... bawak kereta...haram.... dekat

Durian Crepe

salam sejahtera semua, disebabkan tekak ni dah mengalahkan orang mengidam maka shah turutkan jugak hajat isteri tersayang dia ni....nak makan durian crepe! dah janji dengan kak zati nak beli dengan dia...tau-tau je ada jiran yang boleh buat dan jual...waaahhh...pasni order kat sebelah rumah je la ye....hehe.... bila dah makan....sambil makan sambil... ummmmmmpppp....dia letak apa kat dalam ye?.... macam boleh cuba buat sendiri je....stok lempuk durian ada dalam peti tu...hehe...leh jadi ke ni? kang jadi lempeng durian je kang... takpe nanti kita tanya en google apa resepi durian crepe ni ye.... pasal apa mesti try? pasal tak puas makan sekotak tu.... wallaaaaa...toksah cite panjang la...meh layan gambar.... p/s balik kampung ni, anak-anak tidur...mak dia makan je sepanjang jalan...

Buah hati rosak lagi..

salam sejahtera semua, Hari isnin dah kena tukar bateri.... semalam pulak clutch dia rosak...dah kena lagi double pulak.... petang ni on the way nak balik kampung kena lagi....kali ni minyak hitam keluar pulak... aduhai....dia macam tau je tuan dia dah ada gaji kan?... tuan dia ni pun dah macam tak sihat je dah ni...poket??? lagi la tak sihat... p/s adik husna dah ok sikit lepas tukar antibiotik...dah resistant kot...adehhh....camne ni...

Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50

salam sejahtera semua, nak buat entry pasal sun protection tapi sebenarnya aku tak pernah ada masalah sunburn ni.... aci je la kan?...hehe... menyahut seruan contest dari Babyibu. ... tapi mungkin entry ni berguna pada orang yang mengalami masalah yang sama... meh baca info pasal  Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 an ni... Info Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 : Banana Boat Ultra Protect FACES SPF50 dirumus untuk penggunaan harian yang ringan dan berpanjangan, serta diperkaya dengan pati tumbuhan dari asam jawa, kapas dan stevia. Diuji secara hipoallergenik dan dermatologi, produk Banana Boat  lulus Ujian Sinaran Matahari dan mempunyai perlindungan Sun-Proven®  terhadap sinar matahari. Selain itu,  Teknologi AvoTriplex®  Banana Boat menggabungkan: Avobenzone, penyerap yang berkesan terhadap sinar UVA yang mengakibatkan kerosakan jangka masa panjang kepada kulit. Sinar UVA menembusi jauh ke dalam lapisan dermis dan hipodermis kulit untuk menyebabkan kerosakan j

adik masih tak sihat...

salam sejahtera semua, terima kasih pada yang sudi singgah ke blog , membaca post dan sudi tinggal komen.. maaf ye aku tak sempat lagi nak membalasnya... ni pun sambil pam susu menaip entry ni.. dah la kami sampai pepagi buta tadi...pagi tadi pulak kena berkejar hantar adik ke klinik pulak...adik masih tak sihat...batuk dia macam tak lepas pulak.. risau kami dibuatnya...last2 bawak jugak ke klinik pagi ni lagi... tak sempat dah nak tunggu petang...kesian kat adik... akhirnya adik kena nebuliser (eh betul ke ejaan aku ni) jugak...kesian dia...ini yang pertama kali dia dapat neb... p/s mak mana yang nak anak dia sakit...ceh macam tagline appetton la pulak... ;)

kenduri kahwin acik

salam sejahtera semua, selesai sudah kenduri kahwin acik hujung minggu lepas... lega semuanya selesai... kami pun dah selamat sampai di kuantan pagi-pagi buta tadi...jam 2 pagi sampai sini... aku sempat ambik gambar adik lelaki bongsu aku ni nikah...macam tak caya je kan... p/s aku jadi single malam nikah tu...semua anak2 dengan org lain...heeeeheee...

@Tangkak

salam sejahtera semua, tengah tunggu adik nak ajak balik ni.. p/s shopping kain nak? ;)

Kesian adik..

salam sejahtera semua, petang ni takleh nak bercerita apa pun... sedih.... marah... dan macam-macam lagi perasan yang tak dapat nak digambarkan.... untuk adik tersayang .... sabar ye dik.... nak senang ni memang banyak dugaannya.... bawa bertenang dan beristighfar banyak-banyak... dugaan yang datang bermacam-macam tau... itu baru sikit.... bukan angah nak menakutkan adik .... tapi ini realiti kehidupan.... angah dah lalui semua tu... dan puas dah kena kutuk dengan cikgu... pensyarah.... tahan je la... memang kita nak ilmu kan? jadi terus kuatkan semangat dan tunjukkan pada orang tu yang kita mampu.... walaupun bukan untuk berjaya cemerlang tapi cukup untuk membbalas jasa ibu bapa.... p/s kami sayang adik manja kami sampai bila-bila ok... and remember this... we will always there for you...

Memilih Bulan Islam Untuk Berkahwin

salam sejahtera semua, bersempena kami nak balik kampung malam ni....yahuuu...eh... kami nak balik sempena adik aku yang nombor 6 akan berkahwin hujung minggu ni... yang paling tinggi tu acik..so ada 2 lagi available ok.. adik aku atau kami panggil acik dah 26 tahun dah tahun ni... wah dah besor panjang ko ye dik...kejap je rasanya ko dah besar... esok majlis pernikahan akn dilangsungkan... aku belum pasti lagi lepas solat jumaat ke sebelum ye...wah teruk akak ko ni dik... esok ko cerita dengan akak pepagi ye dik.. akan ku update esok ye kekawan.... hah... sempena nak cuti sekolah ni kan.... dan juga cuti hari perayaan yang banyak hujung tahun ni... mungkin ada antara korang atau adik beradik korang yang nak kawin tapi masih pilih-pilih tarikh yang sesuai dalam bulan islam kan? haaa.... aku ada cadangan cuba korang klik kat sini 'Pernikahan Dalam Bulan Islam' kat situ insyallah ada info yang boleh membantu.... p/s tak sabar nak balik... nak bawak cendawan,

entry pertama WW dan lawak

salam sejahtera semua, korang tak terkejut ke pagi ni aku buat entry WW atau hari tanpa kata..ececeee... ita orang dah lama letak tau dah berpuluh-puluh dan beratus-ratus entry dah ko pulak...hah ambik baru satu je...hikhik... apa nak buat kan budak baru belajo... sila tunjuk apa yang patut ek? buat perasmian entry WW ni... abg long... of course kalau mak-mak ni kan...asyik nak cerita pasal anak je kan?... eleh yang bapak-bapak pun sama kan... macam Ben Ashaari tu haa.... nyampah tau asyik cerita pasal budak tembam tu je... dah la anak-anak aku tak berapa nak tembam...hukhuk...sedih dan cemburu i tau.... ok cerita WW ni berbalik pasal janji cerita lawak semalam... sorry ek... banyak noo benda nak buat dah tak sempat nak nulis dah... cerita dia begini... alkisah pepagi biasa kalau kami keluar rumah.... kami akan bergerak ke jalanraya berdekatan rumah tu dan terus menghala ke Taman Aneka Jaya untuk ke  Taska Ilham Bestari.... dan seperti biasa juga akan tinggalkan adik husna

Wordles Wednesday # 1

majalah free lagi? siapa nak?

salam sejahtera semua, hari ni aku dapat lagi majalah free...suka...walaupun edisi september punya...tapi tetap suka sebab freee..... korang nak jugak dapat majalah rm8 ni dengan percuma? boleh je...bagi susu abbort kat anak-anak korang...dan kemudian jadi ahli kelab dia ....aku pernah terang sebelum ni la... ok la nak selak-selak majalah ni jap... p/s pasni aku nak cerite kat korang satu lawak pagi...tungguuu tau....

How to Put Facebook Like Button in Blogspot

Hello everyone, Quite a pleasant surprise right? Really surprise… hehe… because I’m writing my blog entry with English! Wuhooo… For your info, I am doing this because I want to polish my English writing before I writing up proposal for my PHD study…  ahhh… it’s just dreaming ok… Actually for this moment one of the reason I writing up in English because of my bad English.. and I really hope by doing this my English writing become best or at least better than before…. Oh My English! For the start, Lets we proceed to the more serious topic here.. I want to share to all of you on how to put like facebook button on your blog. Do you notice something on this picture ? Yeah…. Got it! Like widget button on the bottom of the post entry right? Not on the bottom of me ok ;).. And for your information (one who just dropping by suddenly, tq).. I just put it recently…only about 1 week ago I think… And I want to share with you how it can be done on your blog too

Panduan untuk Ibu Bapa pada anak yang mengambil peperiksaan

salam sejahtera semua, nak kongsikan amalan yang baik pagi ni... jalan-jalan baca-baca tadi terjumpa info ni... KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN. Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:- 1. Ambil Wudhuk. 2. Mengadap kiblat. 3. Baca Syahadah - 3x 4. Al- Fatihah - 1x 5. 3 Qul- 1x 6. Surah Insyirah - 1x 7. Selawat Atas Nabi - 10x 8. Baca Surah Yassin - 1x 9. Baca Surah Insyirah 100x. sangat bagus untuk ibu bapa yang ada anak yang akan ambil peperiksaan dalam masa terdekat ni...terutamanya UPSR, PMR dan SPM.. aku pun nak tepek kat sini supaya jadi rujukan di masa hadapan.. terima kasih buat Kak Atie sebab kongsikan bersama kami ye... p/s dulu masa aku dan adik-beradik exam, mak hanya tekun berpuasa dan doakan anak-anak je...alhamdulillah berkat doa dan amalan mak.

selsema

salam sejahtera semua, sejak pagi tadi asyik menahan hidung yang berlari je ni (kata orang putih la)... tapi serius...last sekali masa aku tunggu sukaneka abg long tadi sudahnya aku melepak je kat tikar dengan adik husna... dah la shah kena keja hari ni...dan aku kena drive dengan bebudak bertiga ni dalam keta...mujur tak jauh..itu pun aku dah menari sakan dalam keta nak bagi husna senyap dari menangis...malam ni shah kena ot pulak... kepala berat tak boleh nak cakap macamana...rumah pulak? arrrghhh lagi tak boleh nak cakap dah... kejap lagi nak ajak anak-anak tidur la...tak larat dah ni... p/s sempat lagi tengok safiyya cerita pasal handbag kat Johor Premium Outlet...hehe...perempuan...

sukaneka tahunan Tabika Kg.Sg. Derhaka

salam sejahtera semua, pagi ni kami bersiap sakan nak ke sini... dan disebabkan blogaway ni cuma boleh masuk gambar je aku letak satu dulu...esok insyallah aku letak semua gambar yang best ye... bila cikgu tanya sapa nak nombor 1 semua angkat tangan, cikgu tanya sapa nak nombor 2 pun semua angkat tangan...aduhai...anak-anak... p/s suka tengok muka anak-anak bersemangat pepagi...

best layan dutch lady chocolate drink

salam sejahtera semua, kat rumah aku ni baru je hujan ... dari tadi dah mendung sebenarnya... apa kami buat bila hujan-hujan ni...? layan tidur?  ....no...no..no... kami layan tv sambil makan keledek jepun rebus...best wooo...lagi best pasal leh tengok tv sebab tak pakai astro...kalau astro ni...dah sunyi dan termenung je tengok tv jadi biru...hahaha.... tapi petang ni bukan nak tayang gambar keledek rebus tapi nak tayang gambar air yang kalau korang layan dengan keledek ni akan membuatkannya rasa lagi best... air dutch lady coklat, aku dah lama dah minum...sebelum keluar iklan lagi pun...ni dah pek kedua dah pun...sedap pasal takyah nak letak susu ke gula ke...bancuh je terus minum...air orang pemalas cam aku... p/s gambar ni masa kat opis tapi tak bermakna aku kerja hari ni ok...

jom makan..

salam sejahtera semua, korang makan apa hari ni....kami makan biasa-biasa je. ... masakan orang malas...ikan talapia stim dengan halia, air asam jawa tambah pulak kentang, lobak merah....layan lak dengan sayur bayam tumis air... dah kenyang semua? belum lagi? layan gambar je la ye...

Baby baru

Salam sejahtera semua, Nak kongsikan kegembiraan kami dapat baby baru hari ni.... Ita dapat baby baru? Biar betul!!! Hahaha gila ke apa...? Husna baru je cukup 10 bulan la semalam...takkan dah ada 1 lagi kot...mana sempat nak proses kan? ...hehe... Ni baby baru adik aku la...adik ipar aku selamat melahirkan baby cute seberat 3.4kg ni jam 3.09 petang tadi...tarikh 12/10/12...comel kan tarikh dia? Lebih kurang adik husna 11/12/11..haha...cantik! Alhamdulillah...kedua-dua ibu dan anak sihat... p/s tak sabar nak tunggu balik kg 18hb ni...nak cium bau baby baru....wangi je....

tak sabar..

salam sejahtera semua, di ketika ini kami sedang menunggu perkhabaran dari adik aku tentang berita kelahiran anaknya... kalau mengikut ceritanya tadi... dah dimasukkan ke hospital kuala lumpur jam 7.30 pagi tadi dan jalan dah buka 7cm tapi tunggu punya tunggu sampai pukul 1.30 tadi masih tak nak keluar jugak dan disebabkan jantung baby makin lemah maka doktor nasihatkan untuk buat ceaser.... sebenarnya 2-3 minggu lepas (aku tak ingat) adik aku ada beritahu yang anak dia songsang dan doktor buat keputusan nak buat ceaser kalau masih songsang... masa tu dia dah susah hati... tapi lepas tu bila scan anak dia dah ok dah.... tapi lagi sekali... kita cuma mampu merancang dan semua masih dalam ketentuanNya kan? nampaknya adik ipar aku masih lagi ditakdirkan untuk diceaser akhirnya... semoga si ibu dan anak selamat dan sihat hendaknya... amin... korang tolong doakan jugak ye... aku pulak yang kecut perut ni.... p/s sorang lagi bayi hari jumaat selain abg ngah... ;) insyallah.

Majlis graduasi tadika kemas dun tanjung lumpur.

Salam sejahtera semua, Bersiaran dari majlis abg long pagi ni...dan nasib kebetulannya aku dgn shah cuti hari ni.. Tu tengah sibuk bunyi gamelan pulak... Mesti korang pelik asak aku kata bunyi kan? Macam aku takde kat situ je kan? Memang pun....aku menumpang kat dalam surau Aman Sari Resort ni pasal adik husna nak susu dan tidur...kejap lagi kalau dengar bebudak nak diberi sijil baru aku keluar..bagi adik husna tidur puas-puas dulu... p/s sakit seluruh badan travel pergi balik putrajaya semalam....aduh...ada sesiapa boleh urutkan?

Lega..

Salam sejahtera semua, Dah selamat sampai rumah pun.. lega perjalanan satu hari kami dah selesai.... Dan...... esok cuti... Jom...tidur.... p/s esok kena bangun awal siap untuk majlis penyampaian sijil abg long kat Aman Sari Resort..nak ambik gambar byk2...

Kesian adik...

Salam sejahtera semua, Kat klinik ni, hantar adik husna, demam dia macam tak kebah-kebah... Ada 2 org lagi baru sampai turn adik.. p/s malam kang kena prepare untuk mesyuarat esok pulak..pukul berapa la boleh tidur ni....

Maaf...sangat sibuk!

salam sejahtera semua, ada cerita yang aku nak cerita kat korang tapi kerja tak mengizinkan... minggu ini aku sangat-sangat sibuk ok...esok ada majlis penyerahan ISO kat sini... petang tu pulak ada mesyuarat penilaian yang mana aku kena present... lusa pulak nak kena bertolak ke PICC, Putrajaya pukul 4 pagi pasal ada program di sana sehari.... hari khamis pulak aku cuti...hehehe..(ni yang paling best) dah ada rasa macam nak pitam dah ni... ditambah pulak dengan si puteri buah hati pengarang jantung aku demam pulak... dah la lusa nak kena tinggal dia... p/s apa la khabar puteri serundut tu ye....alahai nak...

PENIPUAN PELABURAN EMAS TERBONGKAR!

salam sejahtera semua, ada berita penting nak didedahkan.. meh baca dibawah ni.... KUALA LUMPUR 25 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan modus operandi dalam kes sebuah bank tempatan ditipu RM75 juta baru-baru ini, adalah dengan menyadur kepingan tembaga menggunakan emas tulen. Disebabkan itu, pihak bank gagal mengesan ketulenan emas berkenaan ketika membuat tapisan pertama melalui timbangan menyebabkan pinjaman diluluskan. Lebih licik, sindiket itu mempergunakan penduduk kampung dengan menawarkan upah RM300 hingga RM800 seorang bagi mencagarkan emas palsu tersebut ke sistem pajak gadai Islam, Ar-Rahnu. berita lanjut leh tengok SINI ... p/s ramai sangat yang buat penipuan berlandaskan perlaburan ni...

Big boss!

Salam sejahtera semua, Dalam perjalanan balik rumah ni... Tengok bos kecik duduk kat depan ni... p/s setiap anak kerenah dia mengalahkan raja - kata abah aku..

Restoran Tursina Kuantan

salam sejahtera semua, hari tu tekak aku ni kan.... teringin nooo nak makan sup gearbox... ni penangan dah makan sup gearbox sedap kat JB aritu la ni... nak dijadikan cerita kami ni mencarilah di Kuantan ni restoran yang jual sup gearbox ni... ternampak la pulak satu papan tanda... jadi hujung minggu hari tu kami gi cuba makan kat situ... diiringi dengan hujan renyai-renyai... romantik kan? ahaksss... tapi diselangi pulak dengan kemeriahan suara-suara raksasa kami mengcontrol anak-anak... alahai ni yang aku bercinta sangat bila nak makan kat luar tau... kami dengan penuh semangatnya memilih meja yang best yang tentunya berada di bawah pengudaraan kipas yang baik... ye la nak makan sup kan? dah siap pilih meja... pilih air pulak... lama jugak melayan 2 anak bujang kecik tu memilih... dan inilah hasilnya... pastu ini part tak bestnya... bila je kami order sup gearbox...boleh pulak pelayan tu kata.."kejap eh".. pastu dia datang balik.."su

Bila abg ngah dah berumur 28 bulan..

salam sejahtera semua, hari ni nak cerita pasal abg ngah la...esok-esok kita cerita pasal semua anak-anak ok... muka bila lori sampah (lori feveret dia) lalu depan rumah... tadi aku baca pasal ni While your toddler is learning better motor skills these days --stacking blocks, turning pages, even standing on one foot -- she may not have as good a grip on her emotions. At this age she's still prone to a fair amount of pushing, yelling and throwing tantrums at the drop of a hat. When she's upset, you can remind her that talking gets better results than yelling. Remember to praise her when she makes an effort to communicate with words.  memang pun aku rasa budak kecik tu dah makin besar sangat-sangat... tak macam budak sebaya dia... kalau dulu masa adik dalam perut lagi dia memang dah tak nak duduk dekat riba aku.... tapi sekarang dia makin matang... kalau naik tangga atau turun tangga tak pernah nak bagi kita pimpin dia... mesti nak jalan sendiri... semua ben

Fenomena Halo? Apa tu?

salam sejahtera semua, pagi ni gi jengah blog ADDA ada cerita pasal fenomena ni... korang tau ke apa maksud dia... nak tau gi blog adda tu dia ada cerita siap bergambar lagi... kat says pun ada jugak... Fenomena Halo? Apa tu? menarik kan? aku kat sini tak dapat tengok pasal hujan dan mendung kuantan ni semalam... ;) p/s indahnya keajaiban Tuhan...

Pandainya dia...

salam sejahtera semua, petang hari lepas hujan ni macam rasa nostalgia sikit la... rindu kat anak-anak... waktu santai-santai dengan anak-anak...bestnya kalau leh duduk rumah je kan... ada emo sikit petang ni pasal kena gi kursus pulak pada hari kelas penyusuan susu ibu kat UMP tu.... sedih sangat... tahun lepas dah terlepas nak gi... tahun ni pun tak dapat jugak... bila nak ada rezeki ni??? ok...jangan sedih sedih... meh layan gambar abg ngah masa aku dalam pantang hari tu.... p/s ni la jadinya bila ummi dia pengepam yang "tegar"...hahaha...comel kan muka dia masa rambut panjang ni?

Bersemangatnya nak pergi!

salam sejahtera semua, baru kejap tadi aku dapat email... semangat betul rasa hati nak pergi ni... kemana? ke kelas penyusuan susu ibu kat UMP.... aku memang nak sangat pergi selama ni tapi bila diadakan selalu je tak berkesempatan atau tak ada di kuantan masa tu... memang takde rezeki kan? kali ni dibuat pada hari bekerja... pada 10/10/2012 dari jam 10 pagi hingga jam 1 petang...bayaran cuma RM30 seorang... mari kita meriahkan suasana... p/s shah tak bagi greenlight lagi ni... adakah aku akan memandu ke Gambang nanti? nantikan... hehehe...