F

iklan jap...

Jumaat, 11 Januari 2013

Anuar Zain nak buat konset lah!

assalamualaikum semua,

dah petang dah..... dan hari hujan di Kuantan ni... tapi cuma kejap-kejap je.... tempat korang hujan jugak ke?

malam tadi ada sesiapa tengok 9 soalan kat tv9? aku tengok lepas rancangan Semanis Kurma... bagus pengisian Semanis Kurma bertajuk Sihir Cinta malam tadi.... bukan malam tadi je... setiap malam semanis kurma la memang best....cuma kadang-kadang masa ustaz dan ustazah bagi tips tu macam pendek sangat dan terkejar-kejar dek masa yang makin suntuk... mungkin di lain masa ustaz dan ustazah boleh panjangkan sikit masa tips tu supaya kami penonton setia ni boleh ambik nota sikit.... boleh ye?



bebalik pulak dengan Anuar Zain nak buat konsert ni... mungkin dah ramai yang tau... tapi serius aku baru tau malam tadi.... alahai ita... maaf ye... ketinggalan selalu kalau bab-bab hiburan dan artis ni....

cuma pasal anuar zain ni aku memang minat lagu-lagu dia sejak dulu.... minat pun belum lagi bazirkan duit beli cd atau album... suka dengar lagu dia kat radio je pun.... walau orang kutuk suara dia macamana sekali pun aku tetap suka...best apa suara dia.....lagi la lagu baru dia Ajari aku tu.... wah...nganga mulut sambil tengok video klip dia....

shah pun tau aku minat lagu-lagu dia.... no harm done ok..... hahaha.... cinta tetap untuk abang ok...

kalau tengok anuar zain nyanyi kat tv mesti aku hayun-hayun tangan depan tv.... hahaha.... kira macam tengah tengok konsert la kan..... ceh berangan..... dan akhirnya shah selalu senyum je tengok bini dia ni....
nasib depan dia je kan aku buat...kalau depan orang ramai tentu dia buat tak kenal je kan.... hehe.... tak kan kot bang???

aku sebenarnya tak puashati tengok 9 Soalan semalam tu.... aku harap satu soalan untuk anuar ialah....


bila anuar nak kahwin?  


dah umur 43 tahun tu.... dulu aku ingat dia nak tunggu aku kot....hihi.....ada hati tu.... pastu bila aku dah kahwin dan dia tak kawin-kawin lagi.... sah dia memang sebenarnya tunggu jodoh dan bukan tunggu aku.....

apa pun yang berlaku memang aku suka lagu-lagu dia ok..... best buat halwa telinga....

dan untuk korang yang nak pergi konsert dia yang dibuat pada 16 Februari 2013 boleh beli tiket yang berharga dari RM91 hingga RM701 di Ticketcharge.com .... (mahalnya....gigil...gigil....)



p/s kalau la ada orang nak bagi tiket free....aku nak selit mana la anak2 aku ye?


3 ulasan:

  1. assalamualaikum ita...best nyer ...:)

    BalasPadam
  2. Anuar zain mempunyai aura dan peminat tersendiri walaupun saya x minat sangat dengan dia nie... :)

    BalasPadam
  3. anur zain tak sedapp.ziana zain yang best..haha

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...