Mei 2013 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

hari ditunggu dah tiba

assalamualaikum semua, berbunga-bunga hati rasanya hari ni...korang sihat? inshaa Allah kalau takde aral semua family akan berkumpul kat rumah aku hari ni sebelum kami ke Cameron Highlands esok pagi...semoga semua urusan kami dipermudahkan Allah hendaknya...amin.. jadi malam ni agenda dia projek bakar-membakar...dua kotak polisterine kat bawah ni dah menunggu...best tu..hehe... sekarang ni tengah sibuk nak memasak soto dulu... ok...selamat bercuti bagi yang bercuti...bagi yang bekerja pulak...selamat menjalankan amanah ye... p/s teringin dari semalam nak buat kek kukus asam manis la...kena cari asam manis gak ni..

pendaki felda berjaya...

assalamualaikum semua, alhamdulillah 2-3 hari lepas ada baca pasal kejayaan anak-anak FELDA berjaya menawan Gunung Everest... dan hari ni sorang lagi melengkapkan cabaran... berbangga sekejap sebagai salah sorang dari anak FELDA... meh kita baca cerita diorang jom... cerita pada 21 Mei 2013 cerita hari ni... NEPAL: Siti Hanisah Sharuddin, 23, dari FELDA Jelai 1, Gemas, Negeri Sembilan, menjadi pendaki terakhir sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter pada kira-kira jam 7.41 pagi waktu Nepal (9.55 pagi waktu Malaysia) sebentar tadi. Kejayaan dikongsi bersama sherpa yang mengiringinya pada ketika itu. Kejayaan Siti Hanisah mungkin menjadikannya wanita Islam termuda kedua di dunia berjaya menawan puncak gunung tertinggi dunia. Pendaki Ekspedisi Everest FELDA 2013 itu sebelum ini terpaksa berpatah balik selepas tiba pada ketinggian 8,748 meter (South Summit) kerana masalah kesihatan, Isnin lalu. Beliau ketika itu berada di Kem 4 pada ketinggi

permainan minda

assalamualaikum semua, sekarang ni asal balik rumah mesti kena melayan abg long main mainan macam gambar kat bawah tu.. setiap kali main nak menang je pulak tu..layankan je la...biar minda dia bergerak banyak sikit.. p/s tengah layan rajuk kat dalam bilik sensorang...sedih..    :'(

Wordless Wednesday # 27

assalamualaikum semua, mak dan abah   doa untuk ibu bapa   Amin...... p/s lambatnya 25hb... tak sabar nak jumpa mak dan abah...

sambutan hari lahir abg long dan abg ngah

assalamualaikum semua, hari ni hati aku amat tenang... tak tau kenapa tapi takde lagi rasa berdebar dan sesak nafas tu... cuma ada batuk-batuk kecil je... alhamdulillah... dan masih tenang walaupun masuk je opis hari ni dah dihidangkan dengan 21 kes... Allahuakhbar... semoga Allah kuatkan hatiku melalui hari-hari mendatang ni...amin.. tapi aku tetap nak cerita jugak sambutan hari lahir yang aku buat simple je untuk anak-anak... hari lahir abg long jatuh pada 17 April yang lepas...dah genap 6 tahun pun anak bujang tu... dan abg ngah pulak semalam 21 Mei... jadi aku gabungkan je sekali... senang dan tentu kalau buat asing-asing ada yang bertanya pulak kang... nasib baik adik husna lahir bulan Disember..kalau tak harus aku sekalikan jugak agaknya... hehe... itu pun dah ada yang bertanya... nape muka adik una takde kat gambar ni?...alahai anak... aku buat kek pada 7 Mei lepas... cadang nak sambut di taman mana-mana di Kuantan ni dan konon nak buat stail outdoor celebration la ni.

Selamat Hari Lahir Sayang...

assalamualaikum semua, hari ni simptom tangan menggigil dan debar makin kuat terasa... sebabnya ada sebeban keputusan kes yang perlu diselesaikan dan dijawab pada penghantar kes di atas meja aku ni... ditambah pulak dengan terpaksa mengganti rakan setugas yang terpaksa bercuti mengejut.... alhamdulillah...aku tak marah dengan rakan tu sebab dia pun tak sengaja nak ambik cuti tapi tekanan yang aku rasa makin bertambah-tambah rasanya bila terpaksa kena jadi pegawai bertugas pulak... minda dah tertekan awal-awal pagi bila terima sms... aduhai... semalam memang aku tidur tak bape lena... abg ngah sakit perut dan jam 5.30 pagi dah bangun nak buang air besar... pecah rekod hari ni aku mandikan abg ngah jam 6 pagi... selalunya dialah orang paling lambat dalam rumah untuk mandi pagi...macam-macam helah nak ajak dan pujuk dia mandi pagi... teringat peristiwa 3 tahun yang lepas.... abg long di rumah sewa lama kami..    masa tu kami masih menyewa rumah di Kampung Kempadang Kua

Keputusan Ujian darah, ECG dan penyebab...

assalamualaikum semua, pagi tadi aku ada janji dengan korang nak cerita pasal keputusan ke klinik semalam kan? ok...ok...aku nak tunaikan janji ni... semalam...lepas aku ambik keputusan kat Pantai Premier Pathology tu aku terus ke Klinik Kesihatan Bandar Kuantan... alhamdulillah keputusan untuk ujian TSH (thyroid stimulating horman) dan T4 aku masih dalam lingkungan bacaan normal... ok jadi hati dah lega sikit sebab bukan disebabkan masalah tyhroid pun nampaknya.... jadi kami pun daftar kat KK Bandar Kuantan... tunggu lebih kurang dalam setengah jam camtu dapat la jumpa doktor... pastu doktor tengok keputusan dan kata memang bukan masalah thyroid... jadi dia suruh gi ke bilik 8 untuk check ECG yang tak dapat buat kat Klinik 1 Malaysia kat UTC Kuantan hari tu... bila aku hantar kad aku kat situ...haaa..ambik ada 6 pesakit tengah tunggu giliran.. jadi aku tunggu sampai dia panggil nama... lama la jugak... bila dah panggil nama tu aku masuk dan...terus-terus sister kat situ cakap....

cerita hari guru lagi...

assalamualaikum semua, salam jumaat... hari ni ada cerita hari guru lagi... semalam petang masa ambik anak-anak dari taska dan transit... cikgu kat sekolah pesan mintak pakaikan anak-anak baju cantik-cantik esok pagi sebab akan dibuat sambutan hari guru di taska... aku macam laaaaa.... ada sambutan ke? kesiannya nak cari hadiah tentu tak sempat ni... lagi pun tak sure sekarang ni bilangan cikgu berapa ntah... kalau bagi yang kat taska je kang.. abis yang kat transit dan kafa tu tengok je ke? ...wah susah hati dibuatnya.... sudahnya aku plan nak buat makanan je la bagi kat cikgu... dan makanannya ialah puding roti dengan sos kastard... yang senang kan... hehe... tapi bila memikirkan janji dengan anak bujang petang semalam maka aku gagahkan jugak buat kek coklat untuk 2 orang cikgu dia... hari ni meriah bawak bekal gi sekolah masing-masing... suka tengok anak bujang besar tu tersenyum bangga bawak kek ummi dia... alahai anak... meh layan gambar.... puding roti dalam p

hari ni hari guru

assalamualaikum semua, tadi masa dalam kereta nak hantar abg long ke transit dia berlaku perbualan seperti berikut: abg long : (sedang menyanyi) isnin, selasa, rabu...khamis dan jumaat...lepas hari sabtu datang hari ahad... aku : abg long nyanyi lagu apa tu? abg long : ulang semula seperti di atas.. aku : ok..hari ni hari apa? abg long : entahlah tak tau saya... aku : hari ni hari khamis la.. abg long : eh bukan la ummi...cuma ummi ambik kertas saya tadi..(sambil tunjuk kad hari guru yang dia buat kat sekolah tadi) aku : ooo..hari ni hari guru ke? abg long : haaa ye la bukan hari khamis tapi hari guru.. aku : hari guru jatuh pada hari khamis la abg long...(sambil tahan gelak) aduhai..anak... ooo..anak... p/s aku sedang berada di klinik kesihatan bandar kuantan ni..tunggu nak buat test ESG...result utk thyroid tadi normal je...doakan ye kawan2..

Selamat Hari Guru

assalamualaikum semua, selamat hari guru kuucapkan pada semua guru-guru yang pernah mengajarku secara langsung atau tak langsung... ini merangkumi semua guruku dari sejak berumur satu hari hingga ke tadika hinggalah ke peringkat universiti... dan juga hingga ke hari ini... ini termasuk ibu bapa, rakan-rakan, blogger-blogger.... terima kasih atas ilmu dan bakti yang telah kalian curahkan padaku...hanya Allah jua yang dapat membalasnya....semoga semua itu akan menjadi bekalan untuk kalian di akhirat kelak...in shaa Allah... ikhsan Lukisan Dakwah Islam p/s Pantai Premier Pathlogy dah call... katanya result dah siap dan boleh ambil....Allahuakhbar... gigil dah rasanya....

Wordless Wednesday # 26

assalamualaikum semua, p/s semoga dipermudahkan semua urusan olehNya...amin...

menanti keputusan...

assalamualaikum semua, berdebar yang sedia ada pun masih belum reda tapi ditambah pulak dengan berdebar menanti keputusan ujian darah yang dibuat tadi....tambah gigil pulak... aduhai... jumlah bayaran untuk ujian TSH dan T4 tadi adalah RM33.75... kalau buat complete dengan T3 adalah RM45...tak sempat nak cek ada beza tak kalau cuma buat untuk T4 atau buat sekali T4 dan T3 tu... nanti kalau ada update aku cite ye... keputusannya akan keluar esok dan lepas ambil keputusan kena bawak keputusan ke klinik kesihatan bandar kuantan pulak.... apapun keputusan yang keluar diharap semoga dapat menyelesaikan simptom yang ada sekarang ni... terima kasih korang yang sudi bagi perangsang dan doa-doa semua...aku amat hargainya saat ini.. p/s ujian yang amat kecil tak setanding dengan orang lain yang diuji dengan ujian yang lebih berat lagi...sekurang-kurangnya masa ada insan tersayang yang menemani...

hyperthyroidism pulak?

assalamualaikum semua, selamat pagi... semoga pagi kita membawa rahmat Allah pada kita semua...dan alhamdulillah pagi ni hujan rahmat dah membasahi bumi kuantan yang panas sejak beberapa hari lepas... terima kasih kepada yang sudi membaca entry dari blog yang tak seberapa ni dan terima kasih juga pada komen yang kalian tinggalkan... maaf tak dapat nak balas buat masa ni... malam tadi selepas selesai memasak sayur jantung pisang digoreng bersama kentang, tauhu dan soohoon dan dilawan pulak dengan jantung pisang dicelur cicah sambal tomato.....berhenti situ dulu... hehe... kami tak makan... lepas tu terus solat maghrib dan bersiap ke Klinik 1 Malaysia di UTC Kuantan... UTC Kuantan  untuk pengetahuan masuk kali ni dah 2 kali aku ke klinik ini.. alhamdulillah perkhidmatan yang diterima sangat baik dan cepat...lagi cepat dari klinik swasta... dan malam tadi selepas dapat nombor giliran aku duduk tak sampai 5 minit pun dah dipanggil masuk untuk jumpa doktor... alhamdulillah dap

Berdebar-debar

assalamualaikum semua, maaf tak dapat nak update dalam masa terdekat ni... sangat-sangat dibebani tugas... inshaaAllah akan ada update yang panjang nanti... ada dua perkara aku nak kongsikan... satu, trip ke Bangkok nampaknya tak jadi dan plan kami untuk berhari keluarga di Cameron Highland diteruskan jua akhirnya... harapnya semua urusan dipermudahkan... alhamdulillah... kedua, aku mula rasa tak sedap hati dari semalam... dada rasa berdebar-debar tanpa henti dan nafas rasa macam terlalu pendek... bukan disebabkan terima berita yang tak mengembirakan atau apa... tapi memang tanpa sebab... tadi aku plan nak buat pemeriksaan di klinik tapi nampaknya beban kerja sekali lagi tak mengizinkan... inshaa Allah malam ni kalau tak ada aral melintang akan aku gagahi juga ke klinik... doakan segalanya berjalan lancar dan tiada apa yang perlu dibimbangkan ye kawan-kawan... p/s simptom macam sakit jantung...tapi nauzubillahiminzalik...

cukup-cukuplah.....

assalamualaikum semua, ada yang rindu nak baca cerita terkini di Cerita Ita? takde apa yang menarik sangat nak dikongsikan atau sebenarnya terlalu banyak yang menarik nak dikongsikan tapi disebabkan batasan masa dan juga kehilangan mood untuk menekan keyboard bagi meluahkan rasa... tetiba rasa amat kecewa dengan keadaan sekeliling... hmmm... amat susah nak dihuraikan.... cukup-cukuplah PRU 13 dan kesannya sebut tajuk ni je tentu dah ramai yang tutup skrin dan malas nak baca sebab malas nak ambik port kan? aku bukan nak jadi penganalisa politik....cukup-cukuplah ramai cerdik pandai di luar sana untuk menjadi penganalisa politik... lagipun aku bukan siapa pun untuk mengulas jauh topik ini... sekadar insan yang sedar dirinya hanya menumpang mencari rezeki di bumi Allah dan menempatkan diri di lembayung kerajaan yang niatnya hanya satu adanya harapan untuk melengkapkan keperluan hidup anak-anak buat kesinambungan masa hadapan... Keputusan penuh PRU 13 menunjukkan..Barisan Nasion

Saya sudah...

assalamualaikum semua, alhamdulillah dah selamat pun membuat pilihan..semoga pilihanku tepat demi agama, bangsa dan negara dan juga demi masa depan anak-anak... di mana-mana org sibuk tunjuk gambar jari telunjuk belah kiri je..di whatsapp..facebook..blog..haha.. kena sawan mengundi dah ni... aku pun tulis entry pasal nak tepek gambar jari gak ni..hehe..layankan je la ye.. ramai yang tunjuk gambar orang beratur masa kaunter baru dibuka pagi tadi...aku dah susah hati risau panjang sampai petang je tadi...sebab shah keja hari ni jadi kena tunggu dia settle keja dulu baru boleh gi ngundi..sapa nak tolong jaga anak nanti kan...? bila shah sampai rumah dalam pukul 2 lebih tadi dia dah siap mengundi dah pun..dia kata tak ramai macam pagi tadi..ada 2-3 orang je.. pastu masa aku gi pukul 3 lebih tadi..memang ye pun tak beratur pun..masuk terus ambik kertas dan pangkah dan keluar..laju je belah petang..alhamdulillah hari pun elok..dipermudahkan segala urusan... satu je yang aku tak berapa

Puding Roti Chef Hanieliza

assalamualaikum semua, projek di malam hari...hehe... bukan projek apa pun..projek baikkk punya.... apa lagi kalau bukan makan...haha... kali ni aku buat puding roti...resepi ambik kat buku 1 hari 1 resepi...lama dah buku tu tetiba semalam ada sahabat ingatkan aku yang aku ada buku tu...haha..punya la teruk..nampak noo tak selalu tengok kan?... bukan apa gambar dalam buku tu tak bape menyengat la...ceh..alasan kan...padahal memang pemalas...haha..memang dasar... tetiba bila belek hari ni..terpandang kat resepi puding roti..wah..menarik ni...nak cuba la.. belek barang kat dapur semua cukup..dan mula la plan... susu segar pulak takde...tapi takpe aku bancuh susu tepung..selesai..tapi aku terendam lama pulak roti tu bila sibuk dengan anak-anak sampai lupa dah berapa lama rendam.. siap je masak...terus rasa sesudu..tengah panas lagi tu..haha..tak menyabor.. tapi bila rasa...wallah... alhamdulillah menjadi! marveles! abg long yang selalu cerewet pun kata sedap...dah la tadi puji ma

tolong doakan ye..

assalamualaikum semua, setelah bertenang semalam...aku akhirnya membalas email pada penghantar email semalam...alhamdulillah rasa tenang dan lapang sikit hati.. semoga urusanku di permudahkan Allah...amin.. terima kasih juga pada teman-teman yang menyumbangkan pendapat... p/s nak gi beli tepung, gula dan barang dapur sikit...persediaan untuk PRU 13...hehe...

Serba salah...

assalamualaikum semua, minggu ni memang minggu yang sangat membebankan rasanya.... dah banyak istighfar dah ni... bersabar lebih lagi.... setelah seminggu takde kat opis minggu lepas..minggu ni dihujani dengan keputusan yang perlu dijawab... sebeban atas meja... belum lagi minggu ni kena jadi pegawai bertugas dan terima kes yang amat banyak.... aduhai... macam tak tertanggung je rasanya... kena pulak dengan stress anak-anak yang sakit... abg ngah dan adik kena kudis api... sejak dari khamis lepas lagi... sekarang dah beransur baik.. cuma parutnya yang macam tak boleh hilang... ada sesiapa ada petua nak hilangkan parut kudis api ni? semalam pulak tiba-tiba bos bagitau kena join trip ke Bangkok hujung bulan ni... aduhai... lemah sendi lutut rasanya... aku dah mohon cuti seminggu dari 27/5 hingga 31/5 untuk jayakan hari keluarga kami yang kami dah plan sejak tahun lepas lagi... aku dah mohon dari awal bulan lepas lagi... beria-ia aku... dengan dah bayar duit deposit untuk homest

Wordless Wednesday # 25 Silent mode....

assalamualaikum semua, p/s kadangkala berdiam lebih baik...lebih-lebih lagi musim pilihanraya @ PRU 13 ni...