November 2013 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Rutin best bermula!

assalamualaikum semua, apa kabar semua? aku alhamdulillah..sihat walaupun masih rasa letih.. semalam aku dah start naik keja lepas lebih 2 minggu tinggalkan opis.. dan hari ni dah bercuti semula...kalau ikut hati nak sambung tidur je lepas solat tapi ada rutin yang perlu dibuat ni..ada tempahan biskut nak disiapkan sebelum aku kena gi meeting minggu depan... nampak kan? betapa makin hujung tahun makin banyak pulak outstation..di kala orang lain tengah sibuk bercuti dengan anak-anak...aku terpaksa ke hulu ke hilir lagi meninggalkan keluarga...*pasrah*... shah pun baru je nak senyum dah hilang semula senyuman kat muka dia...maaf ye bang... kalau diberi pilihan tentulah ita ingin sangat jadi surirumah sepenuh masa je kat rumah bukan part time macam sekarang ni..tapi apa kan daya..kita perlu berusaha nak berikan yang terbaik untuk anak-anak kita... sangat menganggu jiwa dan perasaan jika ada surirumah yang menulis status tentang kerja mereka di rumah...ketahuilah kalian bahawa aku t

hingga akhir nanti..

assalamualaikum semua, dah malam baru boleh post entry ni... alhamdulillah kami ada hari yang sangat mengembirakan di Menara Berkembar Petronas pada hari sabtu dan terus ke Kg. Pelegong untuk tidur 2 malam.. dan menjadikan kami sangat rapat di sini.. dan esok hari terakhir kami dalam kursus yang sangat best ni.. kemudian semuanya akan balik ke negeri masing-masing untuk teruskan kehidupan masing-masing.. banyak yang kami belajar dari kursus ni...terutamanya kesabaran...aku nak buat satu entry khas kalau sempat nanti...inshaaAllah..doakan kemudahan urusanku ye... ok..esok dah nak balik jumpa shah dan anak-anak...rindu bukan kepalang ni... p/s rezeki tidur semalam di hotel yang mahal macam ni...jangan tak bangun esok pagi sudah..haha..

aduh...dugaan lagi..

assalamualaikum semua, aku bagitau kami tadi dah gerak pukul 8 pagi dari ipoh dalam entry tadi kan? ada yang belum baca..gi selak entry sebelum ni kat bawah ye ;) tentu korang ingat aku ni bersiaran dari klcc kan?... hahaha...teeettttt...jawapan korang salah...aku masih lagi sangkut di RnR Ulu Bernam sejak pukul 9.45 pagi tadi lagi... aduh...dugaan lagi kan? sebabnya...bateri bas kong atau lebih elok adalah habis bateri... dan pasukan penyelamat baru sampai dan kami akan bergerak dalam 10 minit lagi... lepas tu kami akan pusing-pusing sekitar klcc sebab plan asal nak naik petronas twin tower bridge tu pukul 1 tadi dah ditangguhkan ke pukul 7 malam ni... p/s berangan nak makan tghari dengan spagetti di klcc tapi dapatnya bakso ulu bernam.. hehehe

Jalanraya kita bagus!

assalamualaikum semua, apa khabar korang? aku sihat cuma yang tak berapa nak sihat blog ni je..dah 5 entry yang aku try post dari handphone ni masih dalam mood "publishing"... ceh..bila nak publish ntah..bosan menunggu.. ini pun aku try je ni..kalau lepas nasib la.. mood pun ke laut nak update bila jadi macam ni.. ok aku nak cerita apa yang tersirat dalam tajuk kat atas tu.. ada 2 cerita yang berlaku semalam.. Cerita 1: kami berjalan ke Kinta City Ipoh untuk habiskan masa petang semalam... dapatlah main bowling seround... ada cikgu yang mengajar dan aku dapat ilmu lagi untuk main bowling dengan baik.. cikgu khas dari Filipina lagi.. haha.. dalam perjalanan pulang kami menaiki free shuttle dari hotel.. kami terserempak dengan 1 kenderaan.. dan ada dialog antara kami.. peserta timor leste : this is the 1st land cruiser i ever seen in here. (ini kereta land cruiser pertama yang saya lihat di sini) aku : we have a lot of land cruiser user in Malaysia but maybe you only s

Wordless Wednesday # 47

assalamualaikum semua, p/s rindu sangat nak masak sendiri.. hmmm...aku perlu tempat terapiku..DAPUR..

R.I.N.D.U

assalamualaikum semua, dah 10 hari aku tinggalkan rumah dan keluarga... dah mula rasa stress dengan jadual yang dah ditetapkan.. terutama makan pada waktu tertentu.. yang lebih stress sebab terpaksa makan apa saja yang dihidangkan...dan serius aku jemu makan chinese seafood dah ni.. rasa nak balik rumah..rindu memasak...rindu baking..rindu dengan yang selalu mengacau bila baking dan masak... rindu tengok muka-muka yang tersenyum puas bila makan.. rindu semuanya.. ada seminggu lagi ni sebelum selasa depan...menghitung hari je ni.. macam orang berpantang je dah ni ;p p/s maaf la sesiapa yang rasa boring dengan cerita ita sbb sejak akhir2 cuma entry rindu je..

Untuk tersayang yang merajuk...

assalamualaikum semua, salam pagi isnin... semoga semuanya dalam lindungan Allah.. pagi ni aku terjaga agak awal... agak terganggu jugak dengan kisah kawan sama-sama hadiri kursus ni yang "diganggu" semasa tidur kelmarin... sudahnya kawan tu tak ikut trip kami ke lenggong... ok kita lupakan je la kisah tu sebab aku masih ada lagi 5 hari di sini sehingga Jumaat sebelum berpindah ke destinasi baru... aku cuma nak tunjuk dengan korang semua... apa yang aku beli untuk si adik husna yang merajuk dengan ummi dia ni... husna dan taknak cakap dengan aku dan jugak taknak tengok muka aku bila aku buat videocall.... ummi sedih nak... hukhukhuk.... anak patung ummi dah terbayang adik husna kepit ke hulu ke hilir ;D semoga dapat mengubat si kecik yang merajuk ni... jangan cebik-cebik lagi ye nak... adik husna untuk abg long dan abg ngah...nanti ummi belikan yang lain ye nak.. takkan nak beli anak patung jugak... hehe... p/s kelas bersambung di VRI lagi h

Cuti-cuti Malaysia @ Perak

assalamualaikum semua, dah masuk 8 hari kami dalam program Third Country Training Program (TCTP) 2013 anjuran JICA, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Luar Negeri. alhamdulillah banyak ilmu yang kami pelajari selama 8 hari ini. perjalanan program sebenar akan aku ceritakan bila program selesai berserta gambarnya inshaaAllah.. hari ni kami ada lawatan santai ke kawasan perlancongan di sekitar Lenggong, Kuala Kangsar dan Ipoh. Semoga kami akan dapat pengalaman berharga hari ni.. dah 8 hari berlalu...sebenarnya aku rindu betul dengan shah dan anak-anak...paling lama aku pernah tinggalkan keluarga cuma 4hari 3 malam..dan masih ada 10 hari lagi sebelum tiba 26/11 untuk berjumpa semula...cuma doa dan harapan dikirimkan semoga keluarga tersayang yang ditinggalkan sentiasa dilindungi Allah dan dipermudahkan urusan kami sekeluarga..amin.. ok semua..nak bersiap..sarapan dan bertolak jam 9 pagi ni...doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang ok.. p/s last ke ipoh pada tahu

Rezeki Nuffnang

assalamualaikum semua, Rezeki Nuffnang alhamdulillah...walau pun masa tak cukup untuk berblog tapi rezeki masih ada...syukur... p/s mata baru boleh lelap lepas shah confirm dan selamat sampai rumah dengan anak-anak..alhamdulillah...

Masih di sini

assalamualaikum semua, aku sekarang ni ada kat Radius International Hotel di Jalan Bukit Bintang ..kursus dari 10/11 hingga 26/11... dan sekarang masih berada di dalam bilik seminar ni..tapi serius aku dah ngantuk gila dah ni.. sebabnya semalam tak lena tidur sebab hotel ni berada di lingkungan fub dan club..*pengsan* ok la..sambung dengar kuliah ni..wish me luck ok! p/s peserta dari negara lain ni tanya kat area dekat2 kami ni mana senang nak cari patung upin ipin dan t shirt dan keychain malaysia ye? betul punya blur bila org tanya ni..

Special Kek untuk hari-hari terakhir persekolahan abg long...

assalamualaikum semua, dah petang baru sempat nak jengah sini... hmmmm.... masa sangat-sangat berharga sekarang ni... tolong hambaMu Ya Allah... cukupkan masaMu yang ada untuk memberi yang terbaik untuk semua orang di sekelilingku..amin... ok...mari kita cerita apa yang menarik minggu ni.. banyak yang menarik berlaku akhir-akhir ni.. tapi itu aku akan tulis di malam hari bila aku free masa pergi berkursus minggu depan ni.. inshaaAllah.. untuk kali ni kita cerita yang penting je dulu... aku memang dah lama berangan nak buatkan kek special untuk hari terakhir abg long di Tabika Kemas Sg. Derhaka... tapi memang dah disuratkan Allah yang hari terakhir abg long sekolah tu aku pulak takde di Kuantan... hari terakhir tu 15 November 2013..masa tu aku tengah kursus di VRI Ipoh kalau takde aral melintang.. jadi disebabkan halangan yang tak dapat nak dielakkan...maka aku pulun jugak buat kek tu minggu ni... dalam kekalutan...alhamdulillah dipermudahkan Allah jua... satu kek Snowy Cheese

Ikan kembong masak pindang

assalamualaikum semua, pagi-pagi lagi dah update.. satu hari ni mungkin akan sibuk untuk uruskan persiapan untuk hari peladang, penternak dan nelayan peringkat kebangsaan 2013 (hppnk 2013).. bagi semua yang nak datang marilah sama-sama ke padang mpk2 di kuantan ni..dekat je dengan stadium darul makmur.. acara ni berlangsung dari 8 hingga 15 November 2013.. akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 9 November ni inshaaAllah.. ok stop cerita pasal hppnk tu..aku nak cerita lauk kami malam tadi..disebabkan tergoda dengan bahan yang cikmat gebu dari dapurtanpasempadan.com tu maka aku buat kuah ikan kembong masak pindang semalam bagi mengabiskan sisa ikan segar yang kami beli di pengkalan bot pantai kempadang ahad lepas.. meh layan gambar je ye...opppss lupa daun yang tepi sekali tu ulam pucuk pokok sambung nyawa ye...sedap pucuknya..lemak-lemak manis..lagi sedap dari ulam raja.. p/s dah 3 entry post dari hp ni hilang begitu saja...kenapa la dgn aplikasi blogger ni..nak pu

Wordless Wednesday # 46

assalamualaikum semua, masih sedih 2 entry terhilang begitu sahaja dari hp...layan gambar je la... juadah awal muharram.. kek marble   nasi impit dan sup ayam simple p/s salam maal hijrah 1435H buat semua pembaca ye..

Final Piala Malaysia 2013.. Pahang menang wei!

assalamualaikum semua, selesai sudah perlawanan akhir bagi Piala Malaysia 2013 yang berlangsung dalam hujan lebat malam tadi.. alhamdulillah..berbaloi pahang dapat cuti sebab menang..aku tumpang gembira sebab tinggal serumah dengan 4 orang pahang yang icnya 06.. cuma aku je yang 01.. huhu.. tahniah pada yang berjaya menjadi juara dan yang kalah harap terima kekalahan dengan hati terbuka..dan berhati-hati bagi yang memandu balik ke rumah..jangan sebab terlalu suka atau marah terjadi kejadian yang tak diingini.. apa pun semua plan kek tak jadi hari ni sebab husna demam dan pagi tadi ada majlis konvo abg long...akan kucuba usahakan besok jugak..inshaaAllah..berusaha ita! p/s hadiah kemenangan besar bagi pasukan pahang dari husna bila dia muntah berlambak lepas abis game tadi..sekian..

Sejarah Piala Malaysia dan Final Piala Malaysia 2013

assalamualaikum semua, aku tak pandai pasal bola... juga tak berapa minat bola... tapi dek kerana di sekeliling ni dah macam bergegar pasal bola ni maka aku akan ceritakan juga apa itu Piala Malaysia... meh baca reramai... Piala Malaysia mula diperkenalkan oleh tentera British pada tahun 1921. Sumber daripada SINI. Setelah beberapa kali bertukar namanya akhirnya nama Piala Malaysia dikekalkan hingga sekarang ini. Founded 1921 Region Asia ( AFC ) Number of teams 16 (group stage) Current champions  Kelantan FA (2nd title) Most successful club(s)  Selangor FA (32nd title) Television broadcasters Astro Arena RTM Website Official website   2013 Malaysia Cup dari SUMBER Ini adalah senarai Juara Piala Malaysia dari tahun 1921 hingga 2012: Year Champions Runners-up Score 2013 2012   Kelantan FA   ATM FA 3-2 2011   Negeri Sembilan FA   Terengganu FA 2-1 2010   Kelantan FA   Negeri Sembilan FA 2-1 2009   Negeri Sembilan FA   Kelantan FA 3-1 2008   Kedah FA  Selang