kisah cikgu dan baju sukan abg long.. - Cerita Ita                                                             kisah cikgu dan baju sukan abg long.. Langkau ke kandungan utama

kisah cikgu dan baju sukan abg long..

assalamualaikum semua,

dah lama tak menulis di blog... mood memang ke laut waktu ni... berperang dengan emosi hormon...

semoga semuanya sihat belaka hendaknya... cuaca di Kuantan ni tiba-tiba bertukar dari sejuk mencengkam tulang...(sampai ada khabar angin yang tersebar katanya ada sajli di pahang...aku jawab balik..memang ada tapi di taman tema genting highland ;) )
tiba-tiba cuaca jadi panas dan kering... hari-hari sibuk minum air banyak-banyak untuk elak kekeringan... anak-anak pun dah mula tunjuk tanda batuk dan selsema...

tajuk kat atas tu bukan baru je berlaku sebenarnya.... tapi kisah lama yang masih tak dapat nak ditulis dalam blog ni....

baru-baru ni di kumpulan whatsapps kawan-kawan lama di sekolah dulu ada bangkitkan permasalahan guru dan ibu bapa...

teringat kes bapa yang buat laporan polis sebab anak trauma nak ke sekolah... ramai dari kita yang menyalahkan bapa tu terlalu memanjakan anak... walaupun sebenarnya kita tak tau apa sebenarnya yang berlaku sehingga menjadikan bapa tu bertindak demikian...

dalam kisah kami ni... ada kawan yang anaknya baru tahun 1 dan tahun 3 di sekolah rendah... kawan ni mengadu yang anaknya (tahun 3) dipukul di tapak kaki kerana masih tak hantar borang maklumat murid... anak (tahun 1) fobia ke sekolah kerana anaknya dikatakan malas dan selalu tak menyiapkan kerja sekolah...

kes kawan ni dia seorang ibu yang jaga 4 anak dari umur 9-1 tahun seorang diri (ayah sambung belajar)... tekanan emosi yang si ibu alami tak dapat nak dibayangkan... hanya kerana adanya segelintir guru yang tidak sensitif...

maaf pada yang tak setuju pada pendapat aku ni... juga pada rakan-rakan guru yang membaca entri ni...aku tak menghukum semua guru...tapi memang wujudnya guru yang hanya melepaskan batuk di tangga yang akhirnya merosakkan kerjaya perguruan yang satu masa dulu sangat dipuja orang... maaf juga bagi yang terasa...

memang ramai guru yang baik...tak dinafikan...tapi imej yang baik ini tercalar dengan adanya yang tidak baik... sudah jadi lumrah alam...yang buruk selalu dicanang-canang melebihi dari perkara yang  baik..

ok kita tinggalkan kisah kawan aku tadi... aku tak suka nak jadi pengadil yang tak berkelayakan...


mari kita cerita kisah baju sukan abg long.... nak dijadikan cerita...masa aku bayar untuk pembelian buku abg long hari tu cigu yang uruskan pembelian tu kata diorang tak boleh terima untuk pembayaran baju sukan sebab bajunya dah abis stok...cuma tinggal stok baju yang bersaiz besar je masa tu.. kami pun terima je la..maknanya cikgu kata akan kena beli bila dah naik sekolah...

aku pun ada telefon cikgu kelas hari tu bertanyakan baju sukan tu... cikgu kelas abg long kata baju akan mula jual dalam pertengahan bulan Februari... aku pun stop la bertanya lagi... malu jugak kalau selalu sangat telefon cikgu... macam kita aje yang ada anak sekolah kat situ...

sudahnya dalam minggu-minggu terakhir Januari hari tu abg long dah bising kata kat kedai koperasi sekolah dia dah ada dah jual baju sukan...kawan-kawan ramai yang dah pakai baju sukan hijau.. dah takde yang pakai baju putih dah ummi... kata dia la...

dia siap sambung lagi... saya nak beli jugak tapi duit saya cuma dua ringgit je mana cukup nak bayar...

alahai sedih pulak dengarnya.... aku pun call la cikgu kelas dia tanya lagi... cikgu tu memang mengesahkan baju sukan tu dah dijual... dan boleh dibeli di koperasi sekolah... tiada info lanjut lagi selepas tu...

lepas tu pada hari penyerahan duit bantuan sekolah RM100 hari tu kami ke sekolah abg long dalam jam 4.30 petang untuk ambil duit RM100 tu dan terus ambik dia dari sekolah...

berikut perbualan antara aku dan guru kelasnya... yang mana korang boleh nilaikan la sendiri ok...


aku : cikgu, maaf bertanya lagi... pasal baju sukan murid ni.. memang dah dijual di koperasi ye cikgu?

cikgu : ye dah ada..

aku : boleh tak kalau cikgu uruskan pembelian baju bagi murid-murid yang belum ada lagi ni?

cikgu : baju tu boleh beli sendiri di koperasi... koperasi bukak waktu murid rehat dan boleh jugak beli waktu hantar anak..kadang-kadang cikgu yang jaga bukak waktu tu..
(aku agak terkilan waktu ni sebab aku dah tulis dalam buku maklumat yang abg long ke sekolah dengan van transit)

aku : errr...maknanya cikgu tak boleh uruskan untuk murid-murid ni la ye? kami ni bekerja cikgu tak boleh ke kalau mintak tolong cikgu yang uruskan? dia ke sekolah pun transit yang hantarkan..

cikgu : (senyum sambil mengeleng)... boleh bagi pada budak duit baju tu... suruh dia beli sendiri...

aku : cikgu tau berapa harga baju sukan tu? atau cikgu tau nombor telefon cikgu yang jaga koperasi tu? 

cikgu : ( senyum lagi sambil mengeleng...sangat menjengkelkan ok)... 

aku : habis tu berapa saya nak bagi kat anak saya ni cikgu... takkan saya nak bagi rm50 untuk dia bawak pegi beli baju sukan tu?...sedangkan sekarang ni saya bagi duit belanja rm3 pun habis dibelinya pemadam je... ada yang nanti rm50 tu habis beli pemadam je kang...(masa ni nada suaraku agak meninggi...maaf cikgu)

cikgu : (masih senyum...sambil tengok rakan di sebelah yang juga senyum..)

aku : anak saya ni baru tahun 1 cikgu... (dengan nada terkilan dan terus berlalu)


ok... dah abis baca kan? kalau korang yang jadi aku apa yang korang rasa?

nak lapor polis?

hilang hormat pada guru?

sabar dulu... jangan terus melulu....

aku bersyukur di masa kejadian abg long tak berada di situ... dia tengah sibuk bermain dengan kawan di luar kelas....

ok.... meh cerita apa yang aku rasa pulak ye....

aku tak marah cuma rasa sedih... ada juga cikgu yang masih tak sensitif dengan keadaan sekeliling.... kelas tahun 1 di sekolah abg long ni cuma ada 4 je... dan cuma ada 4 kelas tahun 1 yang masih perlu bimbingan guru dan ibu bapa untuk memastikan anak-anak dapat pendidikan yang sempurna... tapi masih ada terselit satu guru kelas yang agak kurang sensitif... yang mana mungkin beliau tak sedar yang beliau sebenarnya menjadi guru kelas bagi murid tahun 1....

walau apa pun terjadi di antara ibu bapa dan guru... tak bermakna aku menyokong tindakan sesetengah ibu bapa yang terus melaporkan pada polis apa saja kesilapan yang berlaku... pada aku.. tolak ansur itu perlu... segala sesuatu dimulakan dengan rundingan dulu... bila tak berjaya barulah boleh digunakan alternatif yang lain... jangan kerana tindakan kita yang melulu akan merosakkan anak dan juga masa depannya nanti....


masalah aku akhirnya selesai apabila aku berjumpa dengan Guru Penyelia Petang yang sangat-sangat membantu...duit kuserahkan padanya untuk urusan lanjut dan akhirnya abg long dapat baju sukannya... senyum anak bujang tu bila ada baju sukan hijau....
dan ada sesuatu perlu ku highlightkan.... dulu kami bersekolah di kampung sampai sekolah menengah...urusan baju sukan ditangani guru kelas... mak dan abah pun tak tau apa-apa.... sediakan duit yang cukup untuk dibayar..sudah... kemudian untuk ukuran dan selanjutnya akan diuruskan cikgu...hmmm... di mana silapnya?

ada sesuatu perlu diubah dan kutunggu hari Mesyuarat Agong PIBG kami yang pertama nanti....


p/s aku lebih suka gelaran Cikgu pada zaman dulu yang kemudiannya diganti dengan Puan dan Tuan... cikgu lebih mesra dan dikenang walaupun dah berpencen...


Ulasan

  1. aku sangat sangat setuju dengan isu ni

    BalasPadam
  2. salam..
    feel free to visit my blog.
    http://vitaliciousngojes.blogspot.com/
    tqvm.

    BalasPadam
  3. salam ziarah dari bunda...

    jasa guru dikenang sampai mati..

    BalasPadam
  4. setuju kak...
    pada saya cikgu zaman dulu dgn sekarang ni dah tak sama....

    BalasPadam
  5. zmn dlu xmcm skrg..kita kena fhm kesibukan guru zmn skrg..bgmana tgjwb puan sbg ibu bapa?knpa tak boleh korbankan 1hari utk settlekan hal baju sukan ank..bengkok la lau smua hal cikgu nk settlekan.

    BalasPadam
  6. Sy prnh jadi cleaner termuda di skolah..segelintir mak bpk zmn skrg smua mgharapkan cikgu di skolah mnjaga ank mreka..kalau ank dmam dipaksa juga ke skolah sbb mak bpk xnk amik cuti..di skolah ank nangis2 sbb xsihat..cikgu kna bawa pi klinik n turun naik pejabat call mak bapak..hp x dijawab..murid lain terabai sbb nak uruskan murid yg dmam ni..pikir2kanla tgjwb kita sbg ibu bapa juga..sbb bju sukan kita mncri slh cijgu tu

    BalasPadam
  7. Cikgu pulak nak jadi tukang belikan baju anak murid...dulu bolehlah....sbb takde segala macam sistem...skrg cg nak makan pun terkejar2.....takkan tak boleh ambik masa utk belikan..sedangkan nak ambik bantuan 100 ada masa pulak...hmmmm...sad. sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Cgu plu urus ramai murid dan banyak kerja. Takkanlah seorang ibu yang bijaksana tak boleh urus hal anak yg seorang.

      Padam
  8. Jangan pulak komen saya tak disiarkan....

    BalasPadam
  9. tak perlu sentap sangat...masing2 pun ada kerja n tjawab...entry ni lebih kepada pentingkan diri sendiri...
    lagi satu..cikgu ramai kat skolah..kalo sorang xdapat bantu..cuba usaha skit cari cikgu lain...susah2 sgt jumpa GB atau GPK terus...ok

    BalasPadam
  10. entahlah ita, kak ni dah mengajar 8 buah sekolah. pengalaman kak,sekolah kat kampung lagi prihatin. kalau ada mak pak nak bayar yuran sek kak dan cikgu berkenaan takde dalam bilik guru, biasanya mana2 cikgu boleh tolong berikan pd guru tersebut dan beri resit pd si anak. bab baju ke buku, biasanya mak pak yang sibuk, semua serah kat cikgu. macam yg ita kata, tak boleh salahkan semua. kak pun ada anak sekolah lain dan kadangkala temui problem macam mak pak lain juga. tapi tang telefon tu, tak taulah. bagi kak semua parents anak murid kak ada no.hp kak. sms je kalau nakkan jawapan bagi setiap permasalahan. rambut sama hitam kan, hati lain-lain

    BalasPadam
  11. Ita, akak setuju. Tapi, true lah, tak semuanya sama. Adam masa darjah satu ada masalah yang kritikal. Akak pernah cerita dalam blog akak dan akak up kan lagi sekali baru2 ni. Tak semua...again, tak semua. Tapi macam kes Ita kat atas, at least guru tu bolehlah bantu sikit. Takkan harga baju pun tak tahu? Semua main geleng2 jer... nampak sangat lepas tangan. Bantulah sikit apa yang boleh.

    Ada cikgu yang sanggup korbankan banyakkkkk masa peribadi untuk anak2 murid. Akak kagum dengan guru2 macam ni. Untuk pengomen Tanpa Nama, kenapa berselindung? Kita luahkan pendapat dengan yakin dan berani. Tak perlu berselindung kalau anda rasa pendapat anda bernilai.

    Sorry Ita, ada sebab kenapa akak tapis dulu semua komen di blog akak.

    BalasPadam
  12. Tapi...ambil duit rm100 ada masa...nak beli baju sukan tak ada masa...itu yang musykil...hanya guru yang memahami...cubalah ambil jadual waktu 1 hari mengajar dalam kelas...disamping perlu menyiapkan kerja kerja online yang perlu dikemaskini...dan menanda hasil kerja murid...mungkin baru boleh faham...

    BalasPadam
  13. kan lagi bagus ibu tu cari cikgu koperasi sampai jumpa..kalau pegi pejabat tanya ajek kerani terus dia call cikgu tu..selesai masalah..kadang kite sebagai ibubapa jangan la berkira sangat dengan guru..kan ke anak kite.saya pun buat macam tu..tak de nya sekolah nak halau kita.kalau kita sibuk untuk anak...susah la nak cakap..mira

    BalasPadam
  14. Cikgu tu seperti kurang pengetahuan.
    1. Kata baju mula jual pertengahan Februari...sedangkan ada dah pun jual kat koop
    2. Harga t-shirt pun tak tau? Cgu tu sepatutnya tahu.

    Tapi....tak leh gak salahkan cgu klu x dpt belikan t-shirt sbb beban tugas guru sangat banyak skrg ni...tambah2 lagi kalau Guru Kelas. Kalau la dia dpt jwb berapa RM t-shirt tu....mayb puan tak la hot sgt kan.

    BalasPadam
  15. x tahu nk kata apa...duit 100 ada pulak masa nk g amik walaupun lewat...tp bju anak lgsung x leh curi masa tuk beli...cgu gak yg disalahkan...kesian2..sedar la diri...anak anda membesar seharian dgn cgu..masa anda ngn anak hanya lewat ptg n mlm tu pun kejap je dh tdo...jgn harapkan org utk urusan anak anda...kawan2 sekelas dia mampu beli sdri tu apa cerita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak tugas lain yg perlu cikgu lakukan. Setakat utk membelikan baju sukan utk seorg pelajar, berkemungkinan cikgu terlupa utk menguruskannya. Lainlah jika diuruskan utk kesemua pelajar dlm kelas tsb. Bila dah terlupa kekadang tdk mustahi cikgu akan ter'guna' duit tsb krn melibatkan sorang murid je. Sebaiknya urusan itu ditujukan kpd guru yg terlibat iaitu guru koperasi krn tidak adalah pertindihan tugas d situ

      Padam
  16. Assalamualaikum... saya seorang guru.
    Sistem hari ini berbeza dgn dulu, natijahnya, fungsi guru makin bertambah dan guru tak mampu 100% sama dgn cikgu dulu2.. walaupun saya nak sangat menjadi cikgu spt cikgu2 saya waktu saya skolah dulu. TApi.. :)
    Ibu bapa sekarang juga tak sama dgn dulu, maka kesannya anak2 plajar hari ini tak lagi sama dgn murid dulu2. zaman berubah dan kita terpaksa hidup sesuai dgn zaman.
    Mungkin saya setuju bahawa sikap cikgu tu kurang sensitif. Kalau saya pun memang tak tahu harga baju sukan, tp sekurang2 saya akan cuba dapatkan mklumat harga dan akan SMS akak.
    Tapi bukankah masalah akak juga diselesaikan oleh seorang guru? (penyelia petang) jadi saya harap akak berlaku adil dalam menilai. Cikgu juga sperti ibubapa, seorang manusia.
    Kami guru2 sekarang teramat disibukkan dgn sistem yg menyusahkan tp kami berusaha memberi yg terbaik. Kami nak sangat2 membantu murid cuma kadang2 tak terkejar.
    Jadi saya harap apa yg akak cuba sampaikan masa mesy PIBG tu nanti satu bentuk cadangan penambahbaikan dan bukannya kritikan berbaur emosi. Semoga PIBG akan menghargai idea akak tu. :)
    alamak panjang pulak

    BalasPadam
  17. Oh, begini ceritanya...! Saya ni nak kata prihatin tak juga, tak prihatin pun tidak. Saya tahu tugas guru sekarang bukan macam guru dulu. Teruk mereka terbeban dengan macam-macam tugasan tetapi sebagai guru, seharuslah mereka membantu apa yang terdaya. Kita sebagai ibubapa memang bukan nak lepas tangan. Ibubapa yang bekerja memang kadangkala kena berkorban masa untuk cuti 1 hari nak menyelesaikan masalah anak yang ambil masa mungkin 30 minit aje. Macam saya kalau anak mengadu, saya tak 100% mendengar katanya sahaja. Yalah budak-budakkan. Saya kena selidik dulu tak boleh main sergah, serang cikgu di sekolah. Apa yang saya rasa tak penting, saya takkan sibuk menyangsang cikgu di sekolah. Apa yang saya rasa penting, tentulah saya akan usahakan sampai dapat jawapan. Macam saya, duit seluar sukan dah dibayar tahun lepas tapi sebab maknya sibuk, langsung tak check semula pembayaran yang dibuat. Masuk sekolah tahun ni baru perasan, duit dah bayar seluar still tak dapat. Lain-lain dah terima. Saya hantarkan mesej kepada cikgu kelas. Esok terus anak saya dapat seluar sukannya. Nak salahkan ibubapa aje tak boleh. Nak salahkan guru pun tak boleh juga, kan.

    BalasPadam
  18. assalamulaikum,kisah saya beza dengan apa yang dinyatakan diatas.saya mempunyai anak yang ada simptom disleksia.buat masa sekarang saya telah memohon untuk kelas khas.walupun dia tidak pandai jangan lah dia dikritikkan dengan teman2nya.saya dah rasa putus asa untuk hantar anak yang tidak mahu untuk kesekolah.tapi sebagai seorang emak saya kuatkan ketabahan saya itu.Tidak semuanya cukgu bersikap tak prihatin,saya tahu tanggjawab seorang cikgu itu berat tapi ibubapa harap anak nya jadi yang terbaik.

    BalasPadam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat