Februari 2014 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Post yang buat orang marah...KAJIAN TERBARU : KANAK-KANAK YANG DIBERI SUSU IBU LEBIH CENDERUNG DAPAT PENYAKIT LELAH

assalamualaikum semua, semalam petang terbaca post dari blogger terkenal di Malaysia... tapi aku tak ikut blog ni.. kawan tag dari facebook... apa yang menarik.. entri beliau menimbulkan kemarahan bagi semua ibu-ibu yang menyusukan dan yang gigih memperjuangkan susu ibu adalah yang terbaik bagi anak-anak di bawah usia 2 tahun... rasanya sebab tajuk tu yang menimbulkan kontroversi...hehe.. KAJIAN TERBARU : KANAK-KANAK YANG DIBERI SUSU IBU LEBIH CENDERUNG DAPAT PENYAKIT LELAH apa yang disampaikan eloklah korang baca sendiri dari blog INI ... aku dah tinggalkan komen pun dalam entri tu.. itu pendapat aku yang ada pengalaman dan pengetahuan yang tak seberapa ni... dan ini yang aku komen di facebook post kawan aku tu...   khasiat susu ibu bergantung pd pemakanan si ibu...so bg aku utk kajian mcm ni kena tau semua background ibu2 yg terlibat dlm kajian..termasuk aktiviti sosial diorg..ini pendapat aku la..n bg aku sendiri..yes bayi yg menyusu susu ibu lg lama lg bagus anti

Wordless Wednesday # 53

assalamualaikum semua, Penyapu Jerami versi moden...versi orang putih.. p/s balik nak masak ketam yang best ni..... masak apa sedap ye? ketam

Teruskan mohon PRIMA.. tiada tarikh akhir..cara-cara memohon?

assalamualaikum semua, baru-baru ni kecoh di sana sini orang hantar sms dan whatsapp berantai yang kononnya permohonan skim Rumah Perumahan Rakyat 1 Malaysia akan ditutup pada 28 Februari 2014... disebabkan tu laman web PRIMA jammed sampai tak boleh nak dibuka... hehe..panik semua orang... nampak sangat orang malaysia memang suka buat benda di saat-saat akhir.... tadi bila aku try masuk...nampaknya ada pemberitahuan di laman web PRIMA... PRIMA jadi tak perlu kecoh... bolehlah kalau nak daftar sekarang atau bila-bila pun ok...dan penyebaran sms adalah tipu ok...sila jangan sebar lagi... nak daftar? belum daftar lagi boleh semak kelayakan yang diperlukan macam kat bawah ni... PRIMA dah cukup semua kelayakan kena ikut proses ni pulak... cara memohon PRIMA dah dapat email baru boleh teruskan permohonan anda ok... eh lupa... nak memohon boleh ke laman web PRIMA ok.. boleh jugak tengok dimana rancangan pembangunan perumahan ni dalam laman web tu jugak...

syukur...

assalamualaikum semua, diberi dugaan dan ujian bermakna Allah sayang... atau ingatan untuk aku semakin jauh dariNya? hmmm... alhamdulillah shah dah keluar hospital hari sabtu lepas... syukur sangat-sangat... husna pun dah berenti muntah-muntah... tapi jadi cirit pulak dia... kesan ubat kot kan? aku pun silap terbagi dia susu hari tu.. ingat dia dah ok tak muntah so boleh bagi susu... sudahnya jam 1 pagi aku mengelap tilam yang berlambak dengan najis cair husna ala kadar dan tutup dengan kain batik je bagi area untuk husna tidur semula... alhamdulillah tilam getah.. mujur senang jugak nak cuci.....pagi-pagi sabtu tu aku gigih mengangkat tilam ke luar dengan keadaan diriku saat ini... apa nak buat... shah dah pesan tak payah buat..tunggu dia balik... tapi aku lagi kesian kalau dia balik pun belum tentu dia sihat untuk angkat barang-barang berat.... alhamdulillah takde apa yang dikuatiri terjadi pun... syukur lagi... Allah memeliharamu nak... aku terbaca report MRI shah... sedih

ujian lagi..

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk 5 hari aku bercuti... dan masuk 6 hari shah ditahan di KMC... dan aku diuji lagi kelmarin, husna muntah tak berhenti... ni dah masuk 3 hari...hari ni nampak dah ok...cuma aku masih tak bagi susu lagi...risau takut dia muntah lagi bila bagi susu...semalam pun bila abg long minum air milo dia sibuk nak mintak sikit..sudahnya menyembur ke lantai semuanya...letihnya badan...jangan cakap la... ini pun husna tengah baring atas perut...betul-betul nak perhatian ummi dia..lembik je dia dua tiga hari ni...ikut ummi gi hantar abg long dan abg ngah pun dia boleh tertidur kat sebelah...kesian adik... aku tengah berusaha nak bagi dia makan ni...buat bubur nasi semalam sekejap je selera pastu malam dah tak nak...mujur dia nak makan madu dan gula-gula..ada sikit tenaga..tapi air masak memang dia nak..syukur... dan semalam aku tak jenguk shah satu hari...sebab tak larat dah layan orang sakit kat rumah ni pulak.. semoga abg dan adik husna cepat sihat ye.

cepatlah doktor...

assalamualaikum semua, masih tunggu result MRI semalam... cepat la doktor....susah hati sebelum dapat result ni...harapnya takde la yang serius... buat pengetahuan yang bertanya..shah kena tahan wad kat Pusat Perubatan Kuantan sebab sakit belakang... masih menunggu keputusan doktor hari ni..tapi nampak macam dah kurang sikit selepas buat physiotherapy... alhamdulillah... cepat la doktor... p/s mata mengantuk...tapi ada yang datang melawat pulak...

bila si dia sakit...

assalamualaikum semua, hari ni terpaksa ambik cuti kecemasan selama 3 hari untuk uruskan keluarga...sebabnya... yang tersayangku sakit dan terpaksa ditahan di wad bermula malam semalam... maka bermulalah rutin pagi ni aku menghantar abg long, abg ngah dan adik husna ke sekolah dan taska masing-masing... selesai hantar anak..uruskan kain baju di rumah...ke tempat kerja uruskan cuti..dan terus ke Kuantan Medical Center untuk teman shah.. esok akan bermula rutin yang sama...jadi selamat malam semua.... semoga abg cepat sihat ye bang...sesamalah kita berdoa... p/s mengharapkan hari yang untuk esok...

saya suka komen kamu...

assalamualaikum semua, boleh menulis semula selepas audit ISO selama 2 hari oleh Jabatan Standard Malaysia selesai akhirnya.... lega... satu beban dah kurang sikit... dan harapnya semua pembetulan dapat diselesaikan lancar.... inshaa Allah... sejak entri tentang kisah cikgu dan baju sukan abg long aku tulis dua hari lepas... pelbagai komen yang masuk... alhamdulillah... terima kasih kalian yang sudi singgah di blog yang tak seberapa ini dan sudi membaca luahan rasa seorang ibu...si ibu yang tiada pengalaman dalam menghadapi anak sekolah buat pertama kalinya dalam hidup... mungkin tak ramai yang rasa seperti aku rasa... aku adalah si ibu yang sebenarnya cukup malu untuk masuk ke kawasan sekolah sewenang-wenangnya seperti ada sesetengah ibu yang lain buat...sedangkan minggu-minggu pertama abg long bersekolah pun aku rasa malu untuk menjengah di kelas semasa proses belajar walaupun dibenarkan.... aku juga malu nak tunggu di belakang perhimpunan tidak seperti sesetengah ibu yang akhirn

kisah cikgu dan baju sukan abg long..

assalamualaikum semua, dah lama tak menulis di blog... mood memang ke laut waktu ni... berperang dengan emosi hormon... semoga semuanya sihat belaka hendaknya... cuaca di Kuantan ni tiba-tiba bertukar dari sejuk mencengkam tulang...(sampai ada khabar angin yang tersebar katanya ada sajli di pahang...aku jawab balik..memang ada tapi di taman tema genting highland ;) ) tiba-tiba cuaca jadi panas dan kering... hari-hari sibuk minum air banyak-banyak untuk elak kekeringan... anak-anak pun dah mula tunjuk tanda batuk dan selsema... tajuk kat atas tu bukan baru je berlaku sebenarnya.... tapi kisah lama yang masih tak dapat nak ditulis dalam blog ni.... baru-baru ni di kumpulan whatsapps kawan-kawan lama di sekolah dulu ada bangkitkan permasalahan guru dan ibu bapa... teringat kes bapa yang buat laporan polis sebab anak trauma nak ke sekolah... ramai dari kita yang menyalahkan bapa tu terlalu memanjakan anak... walaupun sebenarnya kita tak tau apa sebenarnya yang berlaku sehingga m

Buatku tersenyum

assalamualaikum semua, rasanya macam entri tanpa suara je ada kat blog ni sejak akhir-akhir ni...sebabnya tuan tanah sibuk benor prepare diri untuk audit iso minggu depan dan terlalu sibuk menguruskan hal-hal keluarga.. maaf ye pada pembaca setia..eceh..ada ke pembaca setia...? ;p hari ni ada satu kejutan yang bisa membuatku tersenyum... alhamdulillah rezeki lagi..teruskan berblog ye kawan-kawan... p/s boleh belanja anak2 makan eskrim dengan mak anak sekali ;) hehe...lepas semua baik batuk ye...

Wordless Wednesday # 52

assalamualaikum semua, menu sihat... konon la..masakan mak :) p/s idea banyak tapi mood makin takde nak menulis..