peti sejuk... - Cerita Ita                                                             peti sejuk... Langkau ke kandungan utama

peti sejuk...

assalamualaikum semua,

tak kira aku nak jugak menaip hari ni walau kerja aku menimbun... waaa... rindu blog wei...

dah terlepas banyak cerita best nak cerita ni...kisah kami bergathering dengan kawan lama...kisah kami gi hari terbuka TLDM..kisah keluarga kami... hish macam-macam lah...

yang lagi best terlepas kisah hari lahir 2 anak bujang kecik kami... insyaAllah akan ummi tulis entry khas ye nak... (moga ummi ada masa la nanti)

hari ni nak cerita kisah peti sejuk...kisah ni berlaku beberapa hari yang lepas...
jom mari baca dialog...

kejadian di dalam kereta selepas menjemput ummi balik kerja..
ayah sedang isi minyak..

abg ngah : (menyanyi)...tanya sama pokok apa sebab goyang...nanti jawab pokok angin yang       goncang...tanya sama langit apa sebab hujan nanti jawab langit tanyalah awan... 

kami dalam kereta tengah menghayati lagu yang dinyanyikan oleh abg ngah...

abg ngah : awan nanti kata aku kandung air sampai PETI SEJUK....

abg long : eh...abg ngah...

abg ngah : (terus sambung macam takde apa yang berlaku) ...aku pun cair...lihat dalam air               nampak bayang-bayang...campak satu batu bayang pun hilang...

aku : (masa ni dah ketawa besar dah)...hahaha... takleh cover beb...

muka abg ngah langsung tak rasa bersalah... adoi la....

abg long : salah kan ummi... kalau masuk peti sejuk beku la...mana boleh cair....sampai tempat     sejuk la...

abg ngah : hehehe...(sengih) saya salah eh?

aku : hanya mampu ketawa ok....

anak-anak memang menceriakan hidupku....alhamdulillah...



p/s birthday abg ngah semalam...hari ni kami celebrate simple kot...kot??? errr..kalau sempat la...balik kerja cepat noo pengsan...

Ulasan

  1. Salam kak ita, mmg menceriakan aksi anak2 ni. Bdn letih rasa bertenaga bila layan mereka :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat dik....walaupun sudahnya makin tambah letih..hehe...

      Padam
  2. Penat hilang bila melihat keletah anak....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu lea...tengok senyum pun penat boleh hilang...

      Padam
  3. Wah, sibuk sungguh yer Ita sekarang. Cerita cepat sikit tau....

    BalasPadam
    Balasan
    1. cabaran ibu bekerjaya dgn anak 4 kak.. huhu..syukur masih diberi kesempatan menarik nafas lagi...

      Padam
  4. betullah tu bang ngah...memang pandai, hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe...comel je dia masa sebut saya salah eh tu...

      Padam
  5. As salam, ermmm awak tak join IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 hari tu kan? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam... hehe...tak awak..malu kita...hehe..

      Padam
  6. Balasan
    1. hahaha....hari ni dah ok tau...tapi slow2 je dia sebut masa sampai part ..sampai tempat sejuk...

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat