Jun 2016 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Fried Dumplings : Resipi mudah dan ringkas

assalamualaikum semua, lamanya tak menulis... rindu dengan blog tapi apakan daya keadaan agak tak mengizinkan untuk menulis... kali ni nak kongsikan tentang resepi mudah yang aku dapat dari blogger terkenal... Pinky Momma ... rugi klau korang tak cuba... meh terus baca ye... kelas betul bila baca tajuk ek... ? tetiba pulak terbayang seorng orang melayu yang lupa diri... hehehe... maaf la ye... dah namanya pun orang Malaysia yang pelbagai kaum... jadi haruslah kita cuba resipi pelbagai kaum yang mudah dan cepat seperti Fried Dumplings ni... memang senang sangat-sangat la... abg long pun boleh tolong buat... sebenarnya resipi ni dah lama dah aku buat.... awal-awal bulan puasa aritu lagi dah... tapi disebabkan banyak masalah aku tak dapat nak kongsikan apa-apa dengan korang... jadi sebelum aku bercuti panjang ni... aku tinggalkan korang dengan resipi yang sangat mudah ni... Fried Dumplings Bahan-bahan Udang - ikut la berapa banyak korang nak letak Aku letak

Tolong doakan abah saya...

assalamualaikum semua, hati tengah sedih sekarang ni... berperang dengan emosi... tapi kerja berlambak tak siap-siap lagi.... petang semalam dalam jam begini la aku terima berita yang paling tak mengembirakan hati... sebelum tu pagi semalam aku ada telefon mak sebelum nak ke jualan lelong di Paun Awam Kg Mahkota... sempat la berbual dengan mak... berbual dengan mak pasal GC Tea... pastu tanya khabar mak dengan abah... tetiba mak cakap... "abah masih tak sihat... tapi dah takde kena berak-berak lagi macam aritu... cuma perut abah sebu je... pergi bilik air tak tak buang apa-apa pun... asyik kentut je..." (Allah terus susah rasa hati semalam).... pastu mak sambung lagi..." malam tadi pun abah dah tak boleh makan sangat... makan bubur sikit je... pastu makan ubat yang untuk tangan tu...." (sebelum ni abah ada mengadu gatal tapak tangan... yang ni aku cerita nanti... doakan aku sihat sebab banyak hutang entri kat korang...)... pastu mak sambung.... "pa

Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com

assalamualaikum semua, dah lama tak join segmen... terutama bloglist.. hari ni merajinkan diri...   Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 15 Jun 2016 , iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #21 Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI Senang dan mudah bukan? 12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org  dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2016. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya... p/s hati tengah gundah gulana.... mintak kawan2 do

Wordless Wednesday # 108 : Amalan Bulan Ramadhan

assalamualaikum semua, Amalan baik di bulan Ramadhan nanti tengahari kita sambung cerita sakit telinga adik ye... baca dulu yang pertama dan kedua... p/s ada entry masak-memasak akan menyusul...hehe

Burasak makanan tradisi Masyarakat Bugis

assalamualaikum semua, kami baru je berpeluang balik ke kampung di johor untuk berbuka puasa bersama keluarga di sana... alhamdulillah... sangat meriah... kebetulan pulak pada masa yang sama salah sorang jiran kami di kampung yang berketurunan Bugis turut menghantar hidangan tradisi orang Bugis bila menyambut perayaan iaitu Burasak... Burasak  mungkin bagi sesetengah orang, nama makanan ini sendiri agak pelik kan? tapi ianya sendiri sebenarnya adalah salah satu menu hariraya yang enak dimakan zaman berzaman... walaupun bunyinya agak pelik tapi sebenarnya Burasak merupakan hidangan yang hanya memerlukan bahan asas yang mudah bagi melengkapi resepinya... bagi aku sendiri, walaupun kami mempunyai susur galur yang berasal dari keturunan Bugis di sebelah mak tapi kebanyakan tradisi dan makanan orang Bugis yang kami sendiri tak tau atau kenal... ditambah pulak dengan ketiadaan arwah Tok Bak sejak dari zaman mak anak dara lagi... kami lebih dikenalkan dan dibesarkan den

5 Terapi Tekanan @ Terapi Stress dan Cara Cegah Penyakit Jantung

assalamualaikum semua, aku terima komen dari seorang pembaca blog Cerita Ita ni... dia minta cadangan apa yang aku lakukan untuk terapi tekanan atau terapi stress bila aku dalam keadaan stress dulu... tertekan sampai aku terpaksa buat ujian ECG dan ujian hormon.... aku ada cerita di ENTY NI ... keadaan masa tu memang sangat menekan... bebanan kerja yang amat tak setimpal dengan kemampuan aku masa tu sebenarnya... aku jadi tak terurus... pertambahan ahli keluarga pada masa yang sama... selepas doktor nasihatkan aku dengan ayat yang amat menyentap jiwa tu.... STRESS BOLEH MEMBUNUH ... nak baca ayat dia? baca ENTRY NI ... aku terus ubah cara hidup aku supaya aku boleh hidup secara lebih sihat...oleh kerana ni bukan kali pertama orang tanya aku apa aku buat untuk terapi stress ni maka datangnya idea aku untuk tolong orang...semoga dapat beri manfaat pada sesiapa yang memerlukan ye... Antara terapi tekanan cara yang aku cuba: 1. Bela binatang peliharaan - aku cuba bela ikan la... tapi

Adik Hadi, Sakit Telinga dan Ujian Audio

assalamualaikum semua, hari ni nak sambung cerita pasal sakit telinga adik hadi yang bersambung dari cerit Adik Hadi dan Sakit Telinga aritu... dan kali ni ada yang lagi penting... ujian audio untuk pastikan fungsi telinga adik hadi... pagi selasa tu aku pegi ke hospital untuk temujanji adik hadi di Pakar ENT HTAA macam selalunya... dan sampai kat hospital sebenarnya kami terawal dari masa temujanji diberikan... kalau ikut pengalaman sampai awal.. awal jugak akan siap... dan hari tu kami sampai pukul 8.15 pagi dan alhamdulillah kami dapat jumpa doktor pun awal... jam 9 lebih tu kami dah ke belakang untuk berjumpa dengan audiologist pulak... kenapa kena jumpa audiologist?  masa berjumpa doktor pakar ENT tu... doktor periksa telinga adik hadi dan tengok... telinga kanan dia yang bernanah pekat sebelum ni dah pulih dan takde dah cecair lain keluar... dan telinga kiri pun macam ok... tapi disuruh pulak doktor supaya berjumpa dengan audiologist...  kami dah mula cuak masa ni... risau.

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Negeri Johor Tahun 1437H / 2016M

assalamualaikum semua,  mesti ada yang pelik bila tengok tajuk jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri Johor macam kat atas tu kan? hehehe... jangan la pelik... aku tak pernah malu nak mengaku yang aku masih anak jati Johor walaupun sekarang ni sedang mencari sesuap rezeki dari negeri Pahang Darul Makmur...  masih banyak perkara tentang Johor yang aku bawak bersama ke Pahang ni... antaranya makanan tradisi Johor yang memang sentiasa memikat hati... mee bandung, nasi ambeng, otak-otak...hish banyak lagi la... rasa tak tertulis... lagi la pulak bila sampai bulan Ramadhan ni... semuanya bila ditulis dapat bayangkan kesedapannya... al maklumlah... iman nipis... memang banyak menu yang kami akan beli bila kami balik ke Johor bila tiba masa bulan Ramadhan... antaranya ialah murtabak... murtabak yang sangat best tiada tandingan bagi tekak kami ni... sampaikan shah dah tak berapa makan murtabak biasa-biasa yang dijual di sekitar Kuantan ni... nak tunggu balik Johor jugak baru

Adik Hadi dan Sakit Telinga

assalamualaikum semua, hari selasa lepas, adik hadi ada temujanji dengan Pakar ENT sekali lagi... sesiapa yang tengok IG dan FB aku mesti perasan gambar yang aku hantar... kalau tak perasan atau belum follow IG silalah klik kat tepi tu ye...   mesti ada yang tertanya-tanya kenapa adik hadi ada temujanji dengan Pakar ENT ni kan? sebenarnya kronologinya begini... sejak bulan Januari 2016 lagi adik hadi ni ada masalah cecair berupa nanah keluar melalui telinga dia... mula-mula kami perasan tu cuma telinga kiri je... jadi bila dah perasan kami bawa dia ke Klinik Kesihatan Bandar Kuantan untuk pemeriksaan lanjut... akhirnya doktor bagi ubat titis telinga... tapi masalah adik hadi masih macam tu jugak selepas 2 minggu kemudian... lepas tu doktor tukarkan dengan ubat untuk masalah selsema dia yang jugak berpanjangan dalam masa yang sama... di pakar ENT HTAA doktor percaya selsema tu la punca telinga dia bernanah... kami pun rasa macam tu jugak sebab setiap kali dia ada

Wordless Wednesday # 107 : Menu Berbuka 2 Ramadhan

Assalamualaikum semua, mee goreng  resepi di SINI  p/s sambil fikir apa nak masak untuk berbuka petang ni...ada cadangan ?

Resepi Maggi Goreng Mudah

assalamualaikum semua, teringat dah banyak kali berjanji tapi selalu je ada halangan nak tunaikan... Allah... terasa sangat berdosa... lainkali memang serik rasanya nak berjanji lagi... kali ni nak cuba tunaikan janji untuk kongsikan resepi yang menjadi kegemaran anak-anak Resepi Maggi Goreng Mudah atau ada jugak yang panggil megi goreng... bahan-bahannya sangat la senang... tentu semuanya ada kat dalam rumah korang la... sebenarnya resepi asalnya aku olah dari Resepi Mee Goreng Paling Sedap dan Mudah di Dunia hari tu... aku ada kongsikan sebelum ni... nanti rerajin la gi jengah... rugi kalau tak tengok tau.... tapi sekarang kita kongsikan dulu resepi yang sangat mudah jugak ni.... Maggi goreng @ Megi goreng Mudah dan sedap Resepi Maggi Goreng Mudah sumber : Cerita Ita Bahan-bahan 6-7 keping mee maggi kering @ mee tanpa goreng (direndam air panas dalam 2 minit dan toskan) 2 biji telur ayam *2 ulas bawang besar *2 ulas bawang putih *1/2 inci halia *5 helai cili kering (

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bagi Negeri Pahang Tahun 1437H / 2016M

assalamualaikum semua, cuma tinggal tak sampai seminggu lagi untuk bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam sedunia iaitu bulan Ramadhan akan tiba... ada rasa tak sabar di hati rasanya... rasa seronok dan terbayang-bayang kemeriahan suasana di dalam bulan penuh keberkatan ni...  dalam bulan ini la biasanya akan terserlah kasih dan sayang sesama umat Islam... juga kasih sayang di kalangan anggota keluarga... dalam keluarga kami pulak biasanya bulan Ramadhan ni memang bulan yang cukup dinanti oleh anak-anak... bukan sebab mereka dah pandai berpuasa... tapi disebabkan suasana berkumpul menunggu waktu berbuka tu jarang sekali dapat dirasai di bulan yang lain... abg long sendiri dan mula belajar berpuasa sejak umur 6 tahun tapi tak berjaya... dan mulai tahun lepas baru dia belajar berpuasa dengan baik... walaupun ada juga hari-hari yang tertinggal tapi alhamdulillah semangat dia masih kuat menjelang Syawal... dia paling suka bangun untuk bersahur... dan paling senang jugak ba

Wordless Wednesday # 106 : KBBA9

assalamualaikum semua,   saidila.com benashaari.com dan dlailafood p/s semoga langkah baru yang dipilih memberi harapan dan lebih bersinar hendaknya...