Ogos 2016 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2016

Kunjungan kami ke Road To Maha

assalamualaikum semua, aritu aku dah ceritakan pasal Road to Maha sebelum ni kan... ada sejarah dan kunjungan pertama sebelum ni... dan kali ni aku nak cerita pulak hasil kunjungan rasmi dengan anak-anak dan shah... haruslah akan ada lagi banyak gambar dan cerita nak cerita dengan korang kan....meh layan... kami buat keputusan nak ke Road to Maha ni secara tiba-tiba sebenarnya... tiba-tiba sebab shah tiba-tiba je kata yang dia tak kerja hari Ahad baru ni... makanya otak aku ligat la cari idea mana boleh pergi dengan anak-anak... hahaha... nasib la ye bang.... dan cadangan aku adalah pameran Road to Maha Zon Timur yang sedang berlangsung masa tu... banyak benda menarik nak tunjuk dan nak bagi anak cuba... jadi dengan semangatnya selepas kami hantar abg long ke kelas teakwando pagi tu kami bergegas ke Pasar Besar Kuantan... tujuan adalah nak cari lauk untuk keperluan seminggu dua ni... beli kat pasar lebih murah... semuanya la... udang, ikan, ketam... dan kadang-kadan

Road to MAHA Zon Timur

Assalamualaikum semua, semoga semua orang sihat pagi ni hendaknya... aku nak cerita pasal Road to Maha Zon Timur yang aku berpeluang pergi pada hari pertama perasmiannya Jumaat baru ni...  sebenarnya aku pergi atas sebab jadi eskot untuk bos aku je yang dijemput hadir untuk majlis perasmian tu...  disebabkan hari tu hari Jumaat, jadi kami bergerak dari pejabat selepas solat Jumaat... Sampai je sana dah lebih kurang jam 3 lebih dan perasmian dah bermula... jalan dah mula sesak dengan kenderaan yang mula berkunjung ke Road to Maha Zon Timur ni... orang sanggup berjalan dari tempat letak kereta yang agak jauh dan kaki jauh dari pintu masuk semata-mata nak berkunjung ke pameran yang julung kali diadakan ini... sebenarnya ada kenderaan disediakan iaitu tram untuk pengangkutan pengunjung ke tapak pameran... itupun kalau korang meletak kereta di kawasan yang memang disediakan khas buat pengunjung...tak pasti pulak aku macamana penyelarasan tram ni... yang pastinya kami

Di sebalik kisah sup daging dan telur dadar

assalamualaikum semua, ini lauk semalam... lauk untuk makan malam ada cerita di sebalik lauk ni... kelmarin masa makan malam aku tak larat nak masak sebab baru balik dari Shah Alam... makanya shah tolong belikan nasi lemak dan lauk... tapi tiba-tiba tengah makan abg long cakap, "ummi... esok boleh tak ummi masak telur yang macam kita makan hari tu?" apa lagi yang boleh aku jawab? "ye la nak...esok ummi masak ye..." jawab aku dengan rasa amat bersalah... dan hari semalam aku masak lauk sup daging dan telur dadar yang abg long inginkan... nak tau apa reaksi anak-anak? berulang kali anak-anak puji sedapnya masakan aku... rasa sangat terharu dan dihargai... walaupun anak tak tau sebenarnya aku dah kehabisan rempah sup di dapur dan akhirnya aku kisar sendiri rempah untuk sup ini yang aku juga berasa sangat kagum dengan usaha aku... hahaha... nanti aku itulah antara tanda kasih sayang seorang ibu dan isteri... hati se

Sejarah MAHA, Road To MAHA Pahang dan Peraduan Selfie

assalamualaikum semua, kali ni aku nak kongsikan pasal sejarah MAHA dan pertandingan yang berlangsung sempena MAHA 2016 tahun ni... ada yang perasan tak pasal pertandingan ni? ianya adalah pertandingan 'selfie' yang dianjurkan sempena program MAHA yang akan dianjurkan setiap dua tahun seperti sebelum ni... MAHA 2016 Sejarah MAHA apa dia program MAHA ni sebenarnya?   MAHA atau nama penuhnya adalah Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show... MAHA bermula pada tahun 1922 lagi yang berasal dari nama persatuan Malayan Agri-Horticulture Association (MAHA) yang ditubuhkan pada bulan Oktober tahun yang sama... Tujuan utama penubuhan MAHA ini adalah untuk memberi tumpuan kepada sektor pertanian dalam menjana ekonomi negara dan menganjurkan pameran-pameran pertanian... MAHA pertama yang diadakan adalah pada 30 Jun hingga 2 Julai 1923 bertempat di Padang Kelab Lumba Kuda Selangor... Pertunjukan MAHA ke-18 telah dilancarkan pada 2 Ogos 1947 di "Coro

Pencapaian Malaysia di Olympic Rio 2016

assalamualaikum semua, dah berakhir pun sukan jabatan kami di Shah Alam pada hari Isnin baru ni... tapi nanti la aku ceritakan dalam entri lain... entri kali ni nak memahat kenangan pada sukan dunia yang baru je berakhir pada Ahad 21 Ogos 2016 yang lepas... Sukan Olimpik 2016 kali ni pastinya meninggalkan berjuta kenangan sama seperti sukan-sukan olimpik sebelumnya di sepanjang penganjurannya di Brazil dari 5 Ogos 2016 sehingga berakhir pada 21 Ogos 2016 yang lalu... Olympic Rio 2016 bagi aku sendiri yang merupakan seorang yang biasa dan bukanlah seorang peminat sukan yang tegar... sukan seperti ini sebenarnya memberikan kita semangat yang luar biasa... semangat kecintaan pada negara yang patut ditanam sampai bila-bila... walau di mana pun kita berada... semangat yang ditunjukkan oleh setiap atlet yang mewakili negara masing-masing jelas terserlah... masing-masing berusaha gigih untuk memastikan lagu kebangsaan negara mereka untuk berkumandang di arena sukan terkemuka

Batu Seremban

assalamualaikum semua, hari ni aku nak share pasal permainan tradisi ni... sebenarnya aku agak teruja nak kongsikan yang aku akan sertai sukan jabatan dalam permainan batu seremban ni... karang mesti ada yang nak tanya kenapa mesti batu seremban? kenapa bukan badminton ke? bola jaring ke? atau apa-apa yang lain yang lagi memerlukan fizikal kan? sebelum aku jawab aku tunjuk dulu gambar batu seremban yang cantik ni haaa... batu seremban -google gambar ihsan google sebenarnya... kalau korang dah mula cakap macam apa yang aku tulis kat atas tadi... makanya korang tergolong dah dalam orang yang sebenarnya tak berapa tau apa sebenarnya permainan batu seremban ni.... tau tak korang sebenarnya permainan batu seremban ni sebenarnya adalah permainan yang menguji mental dan fizikal korang tau ... lagi hebat dari permainan catur... kalau catur korang cuma perlukan otak yang pandai mengatur gerak langkah manakala dalam batu seremban korang bukan sahaja perlu bijak mengatur lan