steamboat dinner... - Cerita Ita                                                             steamboat dinner... Langkau ke kandungan utama

steamboat dinner...

semalam kami gi ECM(east coast mall)..ni semua gara2 tengok gambar zila kat FB la ni...terus aku merengek2 dengan shah nak makan steamboat gak...

kami gi lepas maghrib...sampai kat johnny's tu tak ramai sangat orang...kami dah siap2 duduk..order semua...sampai je order...dah siap makan sikit2...tetiba hakimi x mau dah makan...dia buat muka lain je...pelik gak aku...asal lak budak bertuah ni...tetiba dia kata "yak"...aiseh...potong stim betul la...baru ingat nak sedap2 makan tadi...shah lak gi berkorban tinggal pinggan dia gi cuci kejap...nasib baik aku bekal 1 pampers dia dalam handbeg...dah siap tu kami sambung lak makan...

selang bape minit lak...muka dia berubah lg...."yak gi"...haaa? kali ni dah xde balance diaper dah dlm beg..shah terpaksa gi naik kat parking amik beg diaper dia dengan baju sekali...ingat tadi makan kejap je jadi malas la nak bawak..aku yg tunggu ni dah lemas dah..dia meleseh2 lak kat aku...masa ni dah tembus kat suar dia dah...
lepas tu aku lak kena gi cuci kali ni...siap tukor baju semua...happy je muka dia...x sampai hati lak tengok...

tapi bila kami dah balik tempat duduk...tak sampai 10 minit dia berak lagi...waaa..ni dah tahap kritikal ni..kali ni siap nak kuar2 dari diaper dah...shah terpaksa bolot dengan tuala dan dukung dia sampai toilet...lama gila diorang dlm toilet tu..lepas je kuar...shah perabiskan semua dlm periuk stim dah kami bayar..terus keluar...tak sampai pun 1 jam setengah...haru tul..3 pasang baju dlm masa setengah jam...

sebenarnya 2-3 hari lepas mmg dia ada cirit birit sekali sekala kat umah..tapi ni la yang paling teruk..lepas tu terus kami bawak hakimi gi klinik...doc bagi ubat untuk sakit perut...air garam dan ubat cacing...ubat cacing tu suh bagi lepas dia ok..ye gak lama dah aku x bagi ubat cacing kat dia..tu yang badan anak aku makin susut tu kot..ayooo..camne leh lupa?

balik tu ingat nak singgah2 memain kat fun fair tg lumpur...sekali tengok jam dah kul 10 lebih..hakimi pun dah terlepek kat dada aku...jadi kensel ler..balik terus rumah...

ni gambar kami berdinner mlm tadi sebelum episode mengerikan bermula...




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum ...